JUS EPAL & PLUM



Salam my kesayangan…

Sibuk dengan kukis ker…

Ye la tak lama lagi dah nak rayakan…QH pon membaking juga hari ni…sementara nak tunggu biskut sejuk…lari ke mini opis kejap update blog ni haaa…heee…sebab di blog ni banyak sangat dah ketinggalannya…kat IG bermacam resepi yang sudah di update…mana yang belum follow tu cepat2 follow…ngeeee


Hari ni tak payah la beli air di Param…apa kata buat sendiri aje…senang pon senang…jimat pula tu…ehh sedap lagi tau…hihihi…QH memang gemarkan minuman air buah…lagi2 air mango yang tu paling peberet sangat2 tapi mango fresh tau bukan kordial…kali ni QH campurkan buah epal dan plum…kebetulan dua2 buah tu ada stok kat rumah…QH bedal jer buat jus…walaupon rupanya tak menarik langsungkan tetapi hasilnya sangat ohsem…di tambah lagi minum sejuk2 waktu berbuka…aduhhh wallaaa…senang je nak buat…main agak2 dan campak2 pastu blend…siap…


JUS EPAL & PLUM

BAHAN2
Buah epal hijau
Buah plum
Ais batu
Gula pasir
Air secukupnya

CARANYA
Potong buah epal dan plum.
Masukkan semua bahan di atas mengikut kesesuaian rasa ke dalam blender.
Kisar sehingga bahan semua hancur.
Tapiskan air tadi.
Sedia untuk di minum.



Share:

0 comments