BISKUT OREN GAJUS



Salam my kesayangan...

Nahhh biskut raya kedua dari QH...
Sebelum tu...banyak lagi resepi biskut2 raya dari QH yang sedap2 tau...cari saya di label cookies tu banyak pilihan kukis di situ...ramai yang bagitahu diorang ambil resepi dari blog QH ni untuk buat niaga lagi...Alhamdulillah semoga apa yang dikongsikan di dalam blog ni memberi manfaat dan menyumbang rezeki pada semua...rata2 memberi respon positif resepi2 dalam blog QH ni kalau diorang mencuba pasti menjadi...QH tak minta lebih...respon sebegitu sudah cukup buat QH gembira dan rasa di hargai...sayang la dengan korang semua...sentiasa support blog hakak ni...heee...yang penting jangan lupa follow hakak kat IG tau...hahaha


resepi biskut raya kedua dari QH ni juga simple sahaja...tahun ni rasa malas nak buat biskut yang letop2...heee...lepas buat nak terus siap...nak celup2 coklat tu tahun ni tak rajin laa tapi di tekak ni teringin nak makan kukis almond london...heee...acaner tu...adoiii

ok la resepi ada di bawah yea...selamat mencuba!!


BISKUT OREN GAJUS 

Bahan A
125 gm mentega - QH guna Anchor
50 gm gula icing
1 sudu besar gula perang
1/2 sudu kecil perisa oren
1 biji kuning telur 

Bahan B 
30 gm kacang gajus - dibakar sebentar dan dikisar
180 gm tepung red rose/gandum - diayak - QH guna tepung redrose
60 gm tepung jagung - diayak
1/4 sudu kecil serbuk penaik - diayak

Hiasan
Secukup gajus dibakar selama 5-6 minit dan dibelah dua
1 biji kuning telur + 1 sudu kecil susu segar


Cara penyediaan
1. Satukan bahan B dan ketepikan.
2. Pukul bahan A hingga sebati. Tidak perlu terlalu lama.
3. Masukkan bahan B dan pukul lagi hingga adunan menjadi doh.
4. Uli pula dengan tangan dan pastikan mangkuk licin doh menjadi lembut. Sekiranya adunan lembik taburkan sedikit tepung ke dalam adunan. Rehatkan adunan selama 10 minit
5. Canai adunan dan terap menggunakan acuan pilihan.
6. Sapukan kuning telur diatas biskut dan letak gajus.
7. Bakar adunan pada suhu 170C selama 15-20 minit bergantung kepada ketuhar masing-masing.


Share:

0 comments