BISKUT KACANG PISTACHIO



Salam my kesayangan...

Biskut raya seterusnya dari QH...
Biskut yang simple juga tapi rasanya sangat sedap...pistachio kot ada kat dalam tu...heee
biskut ni akan terasa kerangupannya...mak QH suka biskut ni...
hari ni QH tak dapat nak bebel panjang2...QH ada kerja kena siapkan
seperti biase resepi ada di bawah
selamat mencuba...



BISKUT KACANG PISTACHIO

Bahan A
150 gm mentega
100 gm gula icing
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
Pewarna ungu/lavender

Bahan B – diayak dan satukan
50 gm kacang pistachio - bakar dan kisar halus
20 gm coklat urai
20 gm tepung jagung
20 gm susu tepung
280 gm tepung Redrose

Cara penyediaan
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
2. Sebatikan bahan A hingga rata.
3. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut.
4. Canai dan terap dengan penerap biskut.
5. Susun dalam dulang pembakar. Bakar selama 15-20 minit.
6. Bila dah masak susun atas redai hingga sejuk


Share:

0 comments