BISKUT COKLAT BADAM RANGUP



Salam my kesayangan...

Dah banyak ke buat biskut raya??
QH ada ternampak...ada yang dah mula melapis sekarang ni...wahhh rajin2 ye semua...QH pon ingat nak melapis juga nanti...dapat buat sebuku kek lapis jadi la...lama dah QH tak menghadap kek lapis ni...kalau nak tahu kek lapis ni memang peberet QH tau...kalau pergi beraya mana2...kalau ternampak jer kek lapis QH dah senyum...dah tau dah nak makan yang mana...heeee...tak kisah la kek lapis asam manis ker...kek lapis prun ker atau jenis kek lapis yang lain2 rasa memang QH suka...lagi nak buat kek lapis ni memerlukan kesabaran dan kecekalan yang jitu...kalau setakat acah2 jer...memang tak jadi la...nak melapis ni mood kena betul2 rajin...bila dah mula melapis...lama kot masa yang di ambil tu...kena menghadap dia jer tak boleh kerja lain jika taknak ada kesilapan waktu melapis tu...

ehhh2 baru perasan lain pula cerita dengan tajuk ekkk...heeee



Yang ni baru betul...ni kukis raya ketiga dari QH untuk tahun ni...rupa kukis ni sedikit gelap sebab QH tidak menggunakan serbuk koko tetapi mengantikannya dengan serbuk coklat...ternampak kat bakery terus sambar dan cuba...walaupon rupanya begitu...rasanya sangat sedap...QH suka biskut ni sebab penuh rasa coklat ditambah pula ada kerangupan badam di dalamnya...bentuk tu nanti ubah2 la ikut suka ekkk...QH buat simple jer...malas nak fancy2 sangat...QH sebenarnya teringin nak buat biskut2 lama tapi tu tunggu la tahun depan kalau umur panjang lagi...untuk resepi biskut ni ada di bawah yea...selamat mencuba!! 


BISKUT COKLAT BADAM RANGUP

Bahan-bahan
200 gm mentega
120 gm gula kator
4 biji kuning telur gred A
300 gm tepung Redrose
1 sudu kecil serbuk soda
50 gm serbuk coklat
70 gm badam nibs
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil garam

Cara penyediaan
1. Pukul mentega dengan gula kastor hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul rata.
3. Masukkan campuran tepung, serbuk soda dan serbuk coklat perlahan-lahan. Uli hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan  esen vanila, garam dan badam. Uli sehingga rata.
5. Terap doh dengan acuan pilihan. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 20-25 minit.
6. Apabila sudah masak, sejukkan di atas redai. Simpan dalam bekas kedap udara.



Share:

0 comments