UDANG GORENG ALA KFC



Salam my kesayangan...

Hari ni sudah 11 hari umat islam menjalani ibadah puasa...tentu ada yang sedang sibuk meyiapkan persiapan raya kan...QH sendiri pon tinggal nak beli baju selai dua jer lagi (ermmm boleh percaya ker) dan tudung2...bab tudung tu kena lebihkan sikit...heeee...sebabnya sebelum2 ni QH dah siap menempah baju jadi takde la besar sangat bajet nanti bile dah siapkan sikit2kan...kasut takpe kasut kerja banyak boleh jerk recycle...hahaha...bukan orang kampung tau dan nampak kita pakai buat pegi keje kan...heeee...ala baya2 QH ni kalau raya pakai selipar pon dah ok tiada siapa nak heran...yang penting vogue dah...heeee


Ok la dari merapu yang bukan2 kali ni QH nak share resepi ala2 kfc gitu...biase akan nampak udang goreng breadcrumbs bila kfc buat special promotion kan...biasa ianya limited dan harganya berape ketuiii jaa dah boleh telan air liur ye tak...kalau ahli dalam rumah tu tak ramai takpe boleh jer beli...tapi bila ramai anak2 kecil setakat seorang 3 ketuii mana nak cukupkan...kurang2 mesti 10 ketuiii...heeee...jadi herlok la buat je sendiri versi ala2 ni...

Kebetulan QH ke pasar Chow Kit...jadi borong je la udang sekilo dan sekilo juga QH buat goreng...puas hati dapat makan banyak...sesambil berehat2 tengok tv sedap jer menghadap udang goreng ni...walau dah sejuk tetap rangup dan kurang berminyak...nak tahu resepi ape yang QH gunakan...resepinya ada di bawah yer...selamat mencuba...


UDANG GORENG ALA KFC

Bahan2 
sekilo udang bersaiz sederhana - kupas & biarkan bahagian ekor
2 inci halia – kisar
3 biji bawang putih – kisar
garam secukup rasa
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil lada putih ajishio
1 cawan tepung jagung
tepung gandum secukupnya
2 biji telur - dipukul
serbuk roti secukupnya
minyak masak untuk menggoreng


Caranya 
Sediakan bekas dan gaulkan udang dengan garam, halia dan bawang putih yang telah dikisar.
Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Gaul rata.
Masukkan tepung jagung dan cepat2 gaulkan sehingga rata atau boleh shake dalam bekas bertutup.
Satu mangkuk tepung gandum.
Satu mangkuk telur yang telah dipukul.
Satu mangkuk breadcrumbs.
Celupkan udang ke dalam telur, kemudian salutkan dengan tepung gandum, celupkan lagi ke dalam telur dan akhir sekali salutkan udang tadi dengan breadcrumbs. Ketepikan dan buat sehingga selesai.
Panaskan minyak. Goreng sehingga garing dan warna keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.

Hidangkan bersama sos cilia tau sos cili thai. Sedap dihidang panas.


Tags:

Share:

0 comments