KETAM GORENG CILI BERTELUR



Salam my kesayangan...

Sebelum tu QH ingin mengucapkan Salam Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat yang beragama islam...ye la setelah berhari-hari meninggalkan blog ini...baru la ada kesempatan untuk berbuat demikian...maaf la yea...QH agak kebizian sikit beberapa hari ni...dah ejas sana ejas sini namun tak mampu juga QH muncul di sini...pasti hampakan singgah jer ke blog QH ni tapi tiada update terkinian...maklum la kebiasaannya apabila tiba bulan Ramadan ni blog2 masakan menjadi satu trending untuk carian resepi...bila singgah asyik resepi yang sama jer pasti bosankan...QH akan cuba la bahagikan sedikit masa untuk update resepi2 yang lama QH peram dalam folder hardisk kat rumah ni...heeee



Ok la resepi kali ni bukanlah terkinian yang QH masak...kalau di tanye QH sendiri pon tak ingat bile masa masak lauk ni...heeee...rasakan...bila dah lama sangat QH terpaksa pulek mengambil masa nak ingatkan balik ape bahan2 yang QH gunakan...nasib baik la semasa masak lauk ni QH ada rekod video...jadi kejap2 tengok kat situ la sambil menaip resepi...kalau QH rajin terkadang akan update terus di IG Story tau...kalau nak tengok kena la follow QH di IG...setakat ni akaun tu yang aktif...video resepi ni pon QH tak sempat lagi nak edit bagai...agaknya lepas raya la kot QH akan buat kerja2 tu semula...youtube dan page pon dah la QH tinggalkan...QH akan cubalah lepas2 ni untuk update satu persatu...aduhaiii hmmm...

Resepi kali ni diharapkan dapat membantu buat semua yang kebuntuan mencari idea untuk dijadikan sebagai menu berbuka atau bersahur...segala kekurangan dalam resepi mohon maaf yea...seperti biase resepi ada di bawah...selamat mencuba...



KETAM GORENG CILI BERTELUR

BAHAN2
4 ekor ketam - bersihkan dan buang cengkerang atas
serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng

BAHAN TUMIS
1 biji bawang besar - kisar kasar
3 biji bawang kecil - kisar kasar
3 ulas bawang putih - kisar kasar
1/2 inci halia - kisar kasar
20 tangkai cili kering - kisar 
1/2 cawan air
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil cili sos
1 sudu kecil asam jawa 
1-2 biji telur
1 batang pokok ketumbar - hiris
garam dan gula secukup rasa
bawang goreng



CARANYA
Bersihkan ketam dan buang kulitnya. Jika tak buang pon boleh. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Panaskan minyak dan goreng ketam hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.

Menggunkan kuali yang sama kurangkan minyak gorengan tadi.
Tumiskan bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia yang telah dikisar kasar tadi. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar. Tumis lada sehingga terbit minyak dengan api yang kecil.
Masukkan air dan kacau. Masukkan sos tiram sos cili dan asam jawa.
Masukkan telur, biarkan sekejap kemudian baru kacau.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan perasakan rasanya. Jika rasa sudah sempurna matikan api.
Hidangkan dan taburkan bawang goreng.




Tags:

Share:

0 comments