“GLORY BEACH RESORT DEAL ON TRAVELOKA”


Salam my kesayangan…

Tidak tahu ingin ke mana untuk berehat pada hujung minggu bersama keluarga dan kawan-kawan?


Bercerita mengenai percutian hujung minggu atau percutian yang panjang adalah peluang keemasan yang ada untuk melakukan aktiviti beriadah bersama. Lagi-lagi kalau dapat berehat dan beriadah bersama keluarga atau kawan-kawan di kawasan pantai yang berdekatan. Menghirup udaranya yang segar, sambil menikmati rehat dengan cukup tenang. Apabila menyebut pasal aktiviti beriadah di pantai, tempat yang paling selamat dan sesuai untuk bermandi-manda adalah tak lain tak bukan adalah ke Port Dickson, Negeri Sembilan. 


Sebut mengenai Port Dickson ini tak sah sekiranya jika tidak bermalam di sana. Pantainya yang cantik merupakan tempat bermandi-manda yang agak popular di dalam kalangan pengunjung. Terutamanya sentiasa menjadi pilihan bagi sebahagian warga ibukota Kuala Lumpur dan dari kawasan yang berdekatan kerana destinasinya yang terbaik serta memandangkan lokasinya yang tidak jauh berbanding lokasi pantai peranginan menarik di Malaysia yang lain. 



Sekiranya ada yang bercadang nak bercuti ke Port Dickson pada cuti sekolah atau pada bila-bila masa yang terluang, rancang percutian dengan membuat tempahan penginapan awal dan pastikan hotel yang menjadi pilihan untuk percutian tersebut adalah “Glory Beach Resort deal on Traveloka”.



Antara sebab kenapa “Glory Beach Resort deal on Traveloka” menjadi pilihan terbaik kerana harganya yang sangat berpatutan. Selain itu, menawarkan tempat penginapan yang luas serta selesa merupakan keutamaan hotel tersebut bagi mereka yang datang dengan bilangan keluarga dan kawan-kawan yang ramai. Glory Beach Resort ni terletak di Pantai Tanjung Gemok yang berdekatan dengan Hotel Lexis, Port Dickson.




Terdapat pelbagai pilihan bilik yang ada antaranya One Bedroom Apartment, Two Bedroom Apartment, Three Bedroom Apartment. Ruang tamu apartment ini dilengkapi dengan balkoni, TV LCD with selected HyppTV channels, meja dan kerusi makan, ruang dapur yang cukup besar serta kabinet, telefon, penghawa dingin dan pemanas air turut disediakan. Pendek kata memang sangat selesa. Semua pilihan bilik-bilik ini boleh di tempah melalui “Glory Beach Resort deal onTraveloka” dengan mudahnya dan sangat jimat.





Untuk fasiliti yang disediakan di Glory Beach Resort ini ada pelbagai untuk pengunjung antaranya ialah swimming pool, gym, steam bath dan BBQ area. Jadi ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan keluarga dekat Glory Beach Resort ini. Jika ingin melakukan aktiviti bersukan, tempat sukan dan permainan pun turut disediakan. Bolehlah main sepak takraw atau tennis di sini.



Bagi yang beragama islam yang ingin melakukan aktiviti BBQ, anda tak perlu risau kerana non-halal food is strictly not allowed untuk di panggang di BBQ area itu, jadi bolehlah digunakan tanpa was-was untuk melakukan aktiviti ini.


Terasa lapar dan malas nak keluar mencari makanan di sekitar luar hotel, bolehlah makan di Café Glory Beach Resort sahaja iaitu Karah Café. Karah Café ni menyajikan pelbagai makanan tempatan dan juga antarabangsa yang dapat memenuhi selera anda sekeluarga.

 



Jika berminat dengan live band, karaoke dan games bolehlah melepak di Glory Sport Bar yang terdapat di Glory Beach Resort ini.




Selain itu juga, di sekitar berdekatan Glory Beach Resort terdapat beberapa tempat menarik dan sesuai untuk membawa anak-anak antaranya ialah melihat binatang laut yang sinonim di pantai timur ini iaitu penyu. Pusat ini ditubuhkan untuk memelihara dan memulihara populasi penyu-penyu yang ada di perairan pantai Port Dickson. Di sini menempatkan kolam-kolam yang menempatkan penyu-penyu pelbagai sepsis seperti penyu belimbing dan penyu karah yang boleh pengunjung lihat dengan lebih dekat.


Rumah Terbalik yang menjanjikan satu pengalaman yang pelik tapi benar. Kalau bercuti ke Port Dickson dan cuaca pula hujan, mungkin destinasi ini boleh dijadikan alternative untuk aktiviti berkeluarga secara indoor.


Muzium Tentera Darat merupakan tarikan utama di muzium ini ialah susunan kenderaan tentera yang mana jarang-jarang kita boleh lihat di tempat lain. Di sini juga terdapat beberapa bangunan lama yang telah diubahsuai dan dipadatkan dengan bahan-bahan informasi sejarah ketenteraan.


Ostrich Show Farm boleh melihat dengan dekat betapa besarnya burung unta dan melihat telur burung unta yang sangat besar. Selain burung unta terdapat juga binatang lain yang terdapat di sini. Terdapat juga aktiviti extreme yang boleh dicuba.


Pendek kata banyak yang menarik di Glory Beach Resort ini dan sekitarnya. Untuk membuat tempahan dengan lebih mudah dan jimat pilih sahaja di Traveloka



Share:

0 comments