BISKUT ROSE PETALS



Salam my kesayangan...

Seperti yang dijanjikan...hari ni QH nak kongsikan resepi biskut raya...lagu raya pon dah mula bergema di corong2 radio...jadi sudah tentunya keterujaan nak menyiapkan persiapan hari raya naik mendadakkan...heeee

Setakat ni QH masih fokus dengan tempahan biskut raya...belum terfikir lagi nak buat biskut apa untuk diri sendiri...resepi yang lepas2 pon banyak lagi yang QH belum cuba...


Ok la jom tengok resepi pertama biskut raya pada tahun ni...resepi ni sangat senang dan bahan pon yang basic2 jer...sebab terkadang bila kita tengok resepi yang terlalu banyak campuran jadi malas nak ikutkkan...QH pon kadang begitu juga...biar bahannya simple tapi hasilnya menarik dan sedap...heeee

nak biskut lagi sedap guna la pure butter...dulu2 QH guna juga buttercup siap buat jual lagi...tetapi sekarang QH hanya menggunakan butter anchor...biskut jadi lagi sedap tau...rasanya dah ramai bakers pon menggunakan butter anchor untuk kukis memasing...yang ni pilihan ikut bajet dan kemampuan la..yang penting untuk hari raya nanti masih boleh menyiapkan kukis raya sendirikan... 


BISKUT ROSE PETALS

Bahan A
125 gm mentega - QH guna anchor
50 gm gula ising
1/2 sudu kecil esen ros

Bahan B – diayak
180 gm tepung Redrose
30 gm tepung jagung
30 gm susu tepung

Hiasan
Rose Buds – ada jual di bakeri
Coklat masakan putih secukupnya - cairkan
Pewarna pink

Cara penyediaannya:
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B. Gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Rehatkan selama 15 minit.
2. Canai dan terap doh dengan acuan.
3. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk.
4. Hiaskan dengan coklat masakan hingga habis. Hiaskan dengan rose petal.


Share:

0 comments