UDANG MASAK LADA HITAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Huwarghhhhhh…

Giliran rumah QH pula yang takde air dari semalam…aduyaiiii serasa rimas dan susah nak buat kerja jadinya…harap2 ketiadaan air ni dapat la di atasi dengan segera…hujung minggu ni banyak projek yang QH nak buat…huhuhu…kalau takde air lagi sehingga hujung minggu ni jawabnya tak berasap la dapur…paham je la bila takde air ni macam mana nak memasakkan…sebabnya bila memasak ni banyak nak kena guna air…kalau tak rasa macam tak puas pula…stok air yang ada kena simpan elok2…untuk kegunaan yang terpenting sahaja…heeee…terpaksa la mencari sumber air kat rumah adik…


Ok la resepi yang QH nak kongsikan hari ni…dah dimasak beberapa minggu yang lepas…lama dah baru sekarang dah di update…heee…resepi ni resepi belasahan jerk dari QH…tapi Alhamdulillah sedap…hehehe…nak tahu kena la cuba tau…sebenarnya ketika nak masak lauk udang ni…buntu juga nak dimasak ape udang tu…sebab nampak udang ni kat pasar main beli jerk…tengok dalam peti sejuk ada bunga kobis dan lada bengala…yang terpikir waktu tu…masak black pepper jer la…QH pon gemar juga jenis masakan macam tu…ape lagi terus la memasak dengan jayanya…senang jer nak masak lauk ni…resepi ada di bawah tu…SELAMAT MENCUBA!!



UDANG MASAK LADA HITAM

Bahan-Bahan
1 kg udang sederhana besar – bersih dan belah belakangnya
serbuk kunyit
garam
tepung jagung
minyak masak untuk menggoreng secukupnya

CARANYA
Gunting muncung udang. Belah belakang udang dan bersihkan. Cuci dan toskan. 
Lumurkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya.
Kemudian gaulkan bersama tepung jagung sehingga rata.

Panaskan minyak secukupnya dan goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.


BAHAN KUAH
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
3 sudu kecil lada hitam - kisar kasar
1/3 biji lada bengala/capcicum merah
1/3 biji lada bengala/capcicum hijau
1 batang lobak merah
1/3 biji bunga kobis
1 biji bawang holland - potong bulat
2 sudu besar kicap jalen manis
3 sudu besar sos lada hitam
1 cawan air + 1/2 sudu kecil tepung jagung - bancuh
Gula dan garam secukup rasa

CARANYA
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah di hiris sehingga sedikit layu.
Masukkan lada hitam yang telah di kisar tadi. Gaul rata.
Masukkan kicap manis dan sos lada hitam. Gaul rata.
Kemudian masukkan lobak merah dan bunga kobis yang telah di potong. Gaul rata.
Tambahkan bancuhan air yang telah di campurkan dengan sedikit tepung jagung tadi.
Apabila kuah sudah sedikit pekat, masukkan udang yang telah di goreng terlebih dahulu tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang holland yang di hiris bulat. Gaul rata.
Akhir sekali tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Perasakan rasanya. Sekiranya sudah cukup rasa, matikan api.

Hidangkan bersama dengan nasi putih panas.


Tags:

Share:

0 comments