SOTONG GORENG KUNYIT BASAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Untuk penduduk di sekitar KL dan Lembah Klang macam mana…ade tempat yang mengalami gangguan masalah air tak…setakat semalam rumah QH air masih ada lagi…hari ni tak tahu lagi macam mana…tunggu balik kerja nanti baru tahu…harap2 tak terkena la…tetapi di jadual yang dikeluarkan SYABAS tu…ada terselit area rumah QH…


Bila takde air ni tetiba rasa macam sesak nafas pon ada kan…lagi bila isi rumah yang ramai…paham sangat situasi tu bagaimana…sedangkan dalam rumah QH tak ramai orang ni…dah bertong2 simpan stok air…kot la tetiba tersakit perut ker…tu semua kena standby kan…heeee…nak memasak pon kena catu air…satu tabiat QH kalau memasak atau membaking ke apa…mesti kejap2 nak basuh tangan…orang kata dah terbiasa…kalau takde air camni memang tak reti nak buat kerja…heeee


Bersempena kejadian catuan air sementara di sekitar KL dan Lembah Klang ni…nak memasak pon lauk kena yang simple dan ringkas jer…tak boleh lauk yang renyah2…paham je la kan bila memasak banyak guna pinggan mangkuk periuk kuali sudip sudu bagai…jadi buat sementara ni masak yang simple jerk…yang penting sedap dan makan bertambah…heeeee


Hari tu QH ke pasar ternampak lak sotong besar2 jadinya tekak kali ni teringin nak makan sotong goreng kunyit basah2 pula…QH buat jenis berkuah sikit…lepas tu letak la kacang panjang dan lobak merah sekali ke dalam tu…masak 1 jenis lauk ni dah cukup sebab semua dah ade…senang jer nak sediakan sekejap jer dah siap masak…yang pasti sedap tau…heeee…takpe sesekali puji diri sendiri…yang ni QH masak sedikit pedas…kalau tak pedas macam tak umphhh lak rasanya…ok jom tengok resepi kat bawah yer…


SOTONG GORENG KUNYIT BERKUAH

BAHAN2
1 kilo sotong – basuh sotong dengan perahan limau nipis untuk hilangkan hanyir
5 biji bawang kecil - hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
20 biji cili padi campur hijau dan merah – diketuk
1 biji lobak merah – dipotong 1 inci
10 batang kacang panjang – dipotong 1 inci
3 sudu kecil serbuk kunyit – tambah dengan sedikit air jadikan seperti pes
1 sudu kecil sos tiram
Air secukupnya
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARANYA
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
Kemudian masukkan sotong. Gaul rata dan biarkan sehingga air sotong keluar.
Masukkan pes kunyit yang telah dibancuh tadi dan sos tiram. Gaul rata.
Masukkan pula lobak merah dan kacang panjang yang telah dihiris. Gaul rata.
Tambahkan sedikit air sehingga berkuah. Kacau rata.
Masukkan gula dan garam secukup rasa jika perlu.
Apabila kuah telah pekat dan sotong telah masak, matikan api. Sotong jangan di masak terlalu lama untuk mengelakkannya liat.

Siap untuk dihidang bersama nasi putih panas dan ikan goreng garing.



Share:

0 comments