TELUR PUYUH GORENG BERLADO



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Alhamdulillah akhirnya terupdate jua entri pertama di tahun 2018 ni…rasanya belum terlambat untuk QH mengucapkan Selamat Tahun Baru 2k18 kepada semua pengikut dan pengunjung blog QH ni…semoga kita semua mendapat yang terbaik, dimurahkan rezeki, diberi kebaikan, dijauhkan dari keburukan dan perolehi kebahagiaan hendaknya…amin


Haaa kalau nak tahu resepi yang QH nak kongsikan hari ni adalah resepi tahun lepas…maklum la banyak sangat resepi terkumpul yang tak sempat nak dihabiskan…heee…telur puyuh goreng berlado resepi yang simple tapi amat sedap pada QH…lagi2 bila dah lama tak makan telur puyuh pastu dicampurkan pula dengan tempe yang digoreng garing…hurmmm boleh tertambah tau makan...heee…ok la seperti biasa resepinya ada di bawah yer…


TELUR PUYUH GORENG BERLADO

Bahan2
20 biji telur puyuh – bersihkan dan rebus telur sehingga masak
1 keping tempe – hiris nipis dan goreng garing
Segenggam ikan bilis – goreng garing
1 biji bawang besar – potong dadu
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar kasar
10 biji cili padi
4 biji lada merah
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


Caranya
Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan kisar dan bawang besar hingga garing dan naik bau.
Masukkan sedikit serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan pula telur puyuh, tempe dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
Jika rasa sudah seimbang, matikan api.
Hidangkan bersama nasi putih panas.


Tags:

Share:

0 comments