RENDANG AYAM SEDAP



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Selamat hari raya semua…heeee
Haaa tu dia berendang bagai lagi ye hari ni…
Ni semua sebab rajin teruk cuti hujung minggu yang lepas…tekak meminta nak makan sedap…sesekali takpe kot…sebab bukan senang rajin tu nak datang…hihihi…sementara bersemangat jitu buat la apa yang selera ni terlintas…boleh aci ker macam tu ekkk…

Nak kata di sini rendang ayam ni QH suka…suka sangat2…sebabnya senang sangat nak masak rendang ni…takde bertumis bagai dulu tetapi hasilnya sedap…menepati citarasa QH…


Hasil carian dari google resepi ni QH ambil dari blog Kak Ummi@Home Sweet Home…kalau ikut pada resepi ni ayam tu tak perlu di goreng dahulu pon takpe…tetapi disebabkan apabila berendang kebiasaan yang mak QH selalu buat goreng dahulu ayam tu jadinya QH dah terbiasa dan terikut stail macam yang mak QH masak…kalau tidak kurang laku la rendang tu kalau ayam tu tidak di goreng dahulu…yang ni ikut la stail dan cara tersendiri mana yang berkenan…


Apa2 pon QH ingin berterima kasih kepada Kak Chef Hanieliza dan Kak Umie sudi berkongsi resepi rendang yang sedap dan mudah ni…pada yang ingin mencuba QH syorkan sangat resepi ni…sedap pasti akan berpuashati dengan resepi ni…lagi rendang ayam ni QH masak basah2 sikit...biarkan berkuah sebabnya QH makan rendang ayam ni bersama Nasi Oren (klik je kat Nasi Oren tu untuk ke resepinya) SELAMAT MENCUBA!!!


RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)

Bahan A:-
1 ekor ayam (dipotong kecil) – QH goreng ayam tu setengah masak
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (disiat)
2 keping asam gelugor 
2 sudu besar gula kabung – QH letak 4 kiub gula pasir 
Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-
3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
5 ulas bawang putih
5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
15 biji cili api


Cara Memasak:-
1.       Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan (QH goreng dahulu ayam ni setengah masak)
2.      Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan (ayam QH letak kemudian).
3.      Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati. Kacau sekali sekala (Apabila kuah sudah sebati baru QH masukkan ayam yang telah digoreng tadi).
4.      Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
5.      Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat (QH makan dengan Nasi Oren).



Tags:

Share:

0 comments