NASI OREN SEDAP



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Kembali bersiaran seperti biasa…

Pada cuti hujung minggu yang lepas…tetiba saje angin rajin teruk keluar…entah la tekak ni terasa nak makan nasi yang ada perisa…lepas tu nak digadingkan makan bersama dengan ayam rendang…hai laaa dugaan sangat apabila dah set nak berdiet…selera dan tekak tak pernah nak bagi kerjasama…selalu sangat nak menderhaka kepada tuannya…heee


Kali ni QH mencuba nasi oren…entah la nak sangat rasa bagaimana rasanya nasi ni…hasil carian di google…QH terjumpa resepi ni dari blog Kak Amie…lagi apabila baca review Kak Amie mengatakan nasi ni sangat sedap…tengok pula pada resepinya bahan sangat la senang dan dah ada di rumah…cuma tinggal beli limau sunquick aje…maka QH masak la nasi ni dengan semangat yang jitu lagi…heee


Ye…hasilnya sangat membanggakan dan sedap…pertama kali masak nasi ni pon dah sempurna kejadiannya…puas la menikmati nasi yang sedap ni…di tambah pula makan bersama rendang ayam basah dan acar timun…wallaaa…pada Kak Amie terima kasih banyak2 sebab sudi kongsi resepi ni pada semua dan QH panjangkan resepi ni di sini pula ye…pada yang ingin mencuba…sangat2 la QH syorkan…pasti la akan berpuashati


NASI OREN

Bahan-bahan: 
4 cawan beras basmathi
4 sudu besar mentega
1 cawan jus limau sunkist
1 cawan susu cair
2 sudu besar bes minuman buah Sunquick Mandarin
3 sudu besar stok ayam pekat - bancuh dengan 2 1/2 cawan air

2 sudu besar kismis
1 helai daun pandan

1 batang kulit kayu manis
3 kuntum kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum buang lawang
Sedikit pewarna kuning


Bahan hiris:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia



Cara memasak:
1. Rendam beras selama 20 minit - cuci dan toskan airnya.
2. Panaskan periuk dan masukkan mentega, kemudian tumiskan bawang merah dan putih, kulit kayu manis , bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih, kismis serta daun pandan sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan bancuhan stok ayam, susu cair, jus limau sunkist dan bes Sunquick Mandarin.
4. Setelah air mendidih, masukkan beras dan kacau sekali dua.
5. Tutup periuk dan tanak sehingga masak.
6. Setelah nasi siap masak, buat beberapa lubang di atas nasi dan titikkan pewarna kuning  untuk menambah warna pada nasi tadi.

7. Tutup periuk sehingga nasi benar-benar tanak.
8. Buka tudung periuk dan gemburkan nasi supaya warnanya sekata.
9. Sedia dihidangkan. 



Bila dah masukkan stok ayam pekat, tak payahlah tambah garam sebab dah cukup rasa. Kalau tak mahu gunakan stok ayam, bolehlah gunakan air rebusan ayam. Untuk memasak berasnya pula Amie gunakan sukatan air mengikut sukatan beras dan tambahkan 1/2 cawan lagi sebab nak bagi nasi tu lembut sikit.


Tags:

Share:

0 comments