AGAR-AGAR BUAHAN / FRUITY PUDDING



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haaa edisi bila lama duduk di rumah..maklum la minggu lepas cuti lama sikit dapat la 3 hari sempena cuti menyambut Maulidur Rasul Nabi Muhammad S.A.W...jadi boleh la buat macam2 sikit...boleh la makan makan dan makan...heee


Cuti ni QH tak ke mana2 pon...berjalan di sekitar KL ni aje...adalah pergi ke Expo Negaraku di Dataran Merdeka tu...yang ni kalau rajin QH update kat sini yer tapi yang ni tak tahu bile la...heee ...sebab gambar2 yang QH ambil tu tak tengok lagi...siapa yang belum sempat ke sana baik pergi cepat sebelum habis 15 Dis ni...


Ok bila cuti lama sikit ni...adalah idea nak makan itu ini datang...rajin pon datang sekali tau...ni buktinya...heee

Tetiba teringin sangat nak makan agar2 buahan ni...ada sebabnya tau...sebabnya di IG QH terlalu banyak sangat agar2 ni lalu...hari2 tengok mana boleh tahankan...idea ni dari kawan2 kita yang berada di Indonesia sana...macam trend kat sana pula agar2 ni sekarang...hari2 boleh nampak...


ni QH mengikut versi sendiri...rasanya resepi yang digunakan lebih kurang sama jer...tapi tu la yang peliknya kenapa la buah2 ni boleh terapung kat atas jer ekk...kalau berterabur mesti lagi cantik...ada petua tak...kena cuba lagi ni nampaknya...buah2an tu nanti boleh la letak ikut buah kesukaan...boleh ubah2...nak ikut seperti cara QH pon boleh...ada tu haaa resepinya seperti di bawah tu yer...SELAMAT MENCUBA


AGAR-AGAR BUAHAN/FRUITY PUDDING

BAHAN2
10 gm/1paket serbuk agar-agar
950 ml air
250 gm gula pasir

1 biji buah mangga – potong dadu
1 biji buah kiwi hijau – potong dadu
Sedikit buah anggur tanpa biji – belah 2
1/2 tin laici buang airnya – belah 4
1 cawan nata de coco


CARANYA
Didihkan air dan masukkan serbuk agar-agar. Kacau selalu dan biarkan sehingga betul2 mendidih.
Kemudian masukkan gula pasir. Kacau hingga gula larut. Jika nak masukkan perasa atau air laici pon boleh (sukat air laici + air biasa).
Apabila sudah sebati bolehlah matikan api.
Sediakan bekas yang sesuai. Basahkan acuan.
Tuang separuh agar-agar tadi ke dalam bekas.
Kemudian masukkan buah2an yang telah dipotong tadi ke dalam bekas.
Tuang baki agar-agar tadi sehingga habis ke dalam bekas.
Biarkan di luar seketika, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan agar-agar tadi mengeras sebelum di potong.

Apabila agar-agar tadi sudah keras, bolehlah dipotong dengan menggunakan pisau yang tajam dan hidangkan. Sedap dimakan sejuk.




Share:

1 comments