SIAKAP MASAK NENAS PEDAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Masak apa tu hari ni??
Buntu tak tahu nak masak apa…di sini ada jalan penyelesaiannya…heeee

Resepi yang ingin QH kongsikan hari ni…pasti memukau selera semua…ada rasa manis2 nenasnya…ada rasa pedas2 cilinya…pendek cerita tersangat sedap…gabungan bahan2 yang sangat menarik…pada QH gabungan ni pertama kali QH rasa dan nampak…tak tahu la kalau sebelum ni ada yang sudah pernah mencubanya…QH la yang ketinggalan gamaknya…heee


Ohh yeaa…kali ni ianya bukan la resepi belasahan dari QH…tetapi resepi dari kenalan di FB…bila terpandang di FB terus jer QH terjatuh hati…apalagi dengan muka tak malu terus minta resepi…nasib baik la empunya resepi tak kedekut terus dibaginya kepada QH…Alhamdulillah terima kasih kak…sangat berbaloi la QH cuba resepi dari akak ni dan tidak mengecewakan rasanya...kena dengan selera QH…kalau nak tahu resepi asalnya secara anggaran sahaja tetapi untuk memudahkan semua QH sukat la…ada la sedikit olahan dari QH…ingin mencuba seperti biase resepinya seperti di bawah yer…SELAMAT MENCUBA


SIAKAP MASAK NENAS PEDAS
sumber FB@Zuraida MNasir

BAHAN2
1 ekor ikan siakap – bersihkan
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Tepung jagung
Minyak untuk menggoreng


CARANYA
Ikan dibersihkan. Lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Kemudian lumurkan dengan tepung jagung sehingga rata.
Kemudian goreng ikan tadi sehingga garing dan kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.


(cara QH – guna pisau yang tajam, hiris isi ikan dari hujung ekor hingga ke pangkal kepalanya. Kemudian isi ikan siakap tadi di potong kecil, baru la dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Termasuk juga badan siakap tadi. Goreng berasingan)


BAHAN KUAH
1/2 biji nenas (size kecil) – potong kiub
1 batang serai – dititik
2 helai daun limau purut – hiris halus
2 pokok daun ketumbar – hiris kasar
1 biji bawang besar – hiris bulat
10 biji cili padi merah - hiris
1/2 - 1 biji jus lemon
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR KASAR
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih


BAHAN KISAR HALUS
1/2 biji nenas (size kecil)
15 biji cili padi – hijau & merah
1/2 inci halia


CARANYA
Panaskan minyak untuk menumis. (guna minyak bekas menggoreng ikan tadi)
Tumiskan bahan kisar kasar sehingga garing dan naik baunya. Masukkan serai.
Kemudian masukkan bahan kisar halus tadi. kacau rata.
Masukkan daun limau purut dan perahan jus lemon. Kacau rata.
Masukkan pula hirisan cili padi dan kacau rata. Tambahkan air secukupnya. Boleh lebihkan jika ingin berkuah.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar yang dihiris tadi. Biarkan hingga layu sedikit.
Kemudian masukkan nenas dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan daun ketumbar.
Jika rasa sudah sempurna, matikan api dan tuang kuah ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.

Siap untuk dihidang.



Tags:

Share:

0 comments