KEK MARBLE - KELADI & COKLAT




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

heeee...tetiba termasuk mood lemau lak nak mengupdate blog...oppppssss

cuba kuatkan semangat...hihihi
resepi ni kisahnya ketika QH berada di kampung...lupa dah bile...saje2 takde nak buat ape untuk kunyah2...terbuat la kek marble ni...teringin lak nak makan kek jenis begini...sesekali sedap lak...gunakan bahan ape yang ada jerk...malas nak ke bakery cari itu ini...



resepi ni QH ambil dari IG @rozietahasan...terima kasih atas perkongsian resepi ni...tengok bahan2 macam senang jerk...ok apa lagi terus buat...kek ni sedap dan makin lama makin moist teksturnya...nak pula bila digandingkan perasa coklat dan keladi...memang mengena betul...perasa ni boleh ikut suka nak letak perasa ape yer...pilihan QH masa ni yam dan coklat...kalau ada yang ingin mencuba resepi ada di bawah yer...


KEK MARBLE – COKLAT/KELADI

BAHAN A
250 gm salted butter – room temperature
200 gm tepung naik sendiri – QH guna tepung kek
150 gm gula kastor
4 biji kuning telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil golden syrup – QH tak letak
60 ml fresh milk – suhu bilik

BAHAN B
4 biji putih telur – gred A
50 gm gula kastor

OPTIONAL
1 sudu kecil pewarna ungu
1 sudu besar paste keladi

1 sudu besar coklat emulco


CARANYA
Pukul mentega dan gula hingga berubah warna menjadi pucat (10-12 minit)
Kemudian masukkan esen vanila dan putar hingga sebati
Masukkan kuning telur satu persatu. Putar sebati. Masukkan ½ bahagian tepung. Putar sekejap. Kemudian masukkan susu segar dan putar sebati. Masukkan baki tepung dan putar lagi.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih lalu masukkan gula sedikit demi sedikit putar hingga stiff peak.
Masukkan 1/2 adunan putih telur ke dalam adunan tepung dan kaup balikkan. Masukkan separuh lagi dan kaup balik hingga sebalik.
Apabila rata bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan satu bahagian coklat. Satu bahagian lagi masukkan pewarna ungu dan paste keladi.
Sudukan adunan ke dalam loyang (8"x8") secara selang seli. Lorekkan dengan menggunakan chopstisk/lidi sate.

Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga kek masak. Bergantung pada oven masing2.


Tags:

Share:

1 comments