CUCUR TAUHU BEROTI



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Biasa la bile tiba musim cuti sekolah ni...kekerapan memasak tu lain la dari kebiasaankan...nak sekarang musim hujan perut anak2 ni termasukla perut kita juga kerap berasa laparkan...heeee...asyik mintak diisi jer...


Masa2 ni bagi suri rumah, bila dah anak2 berkumpul ramai2 rajinnya luar biasa gak...ade jer yang nak dibuatnya sebab ada tukang makan...betul tak


Apa yang QH nak kongsikan hari ni mungkin dapat membantu buat para2 surirumah yang kebuntuan idea untuk menyediakan hidangan untuk keluarga...

Kebetulan QH buat cucur ni ketika musim hujan...alahai sedap jer nikmatinya sambil santai2  tengok TV...tak sedar berketul yang QH ngap...heeee


Buat pula garing...makin sedap la...walaupon garing di dalam tetapi isinya tetap lembut dan mengenyangkan kerana QH letak tauhu dan kepingan roti di dalamnya...haaa nak tau ape lagi bahan2 yang QH gunakan...sila la tengok resepi di bawah tu yer...SELAMAT MENCUBA


CUCUR TAUHU ROTI

BAHAN2
8 keping roti putih – potong dadu
2 keping tauhu – hancurkan
2 biji bawang besar – potong dadu
2 biji lada merah – hiris kecil
Sepokok daun ketumbar / sup
2 biji telur
1/2 cawan / segenggam udang kering – hiris kecil
1-2 cawan tepung / secukupnya
Garam secukup rasa

Air secukupnya


CARANYA
Di dalam bekas, hancurkan/lecekkan tauhu.
Kemudian masukkan telur yang telah dipukul dengan garfu.
Masukkan roti yang telah dipotong kecil2. Gaul rata.
Masukkan pula udang kering. Gaul lagi.
Masukkan bawang besar, daun ketumbar dan lada merah. Gaul rata.
Tambahkan tepung gandum dan sedikit garam. Gaul.
Tambahkan air secukupnya.
Panaskan minyak. Apabila minyak sudah panas, sudukan adunan cucur tadi. Goreng sehingga kuning keemasan.

Toskan minyak dan hidangkan bersama sos cili.


Tags:

Share:

0 comments