APAM VIRAL 3 BAHAN 3 RASA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Haaa…tetiba jerk di FB menjadi hangat dengan resepi apam 3 bahan ni…memula tengok tu macam tak percaya jugak…boleh ke menjadi apam tu dengan 3 je bahan utama…apam ni menjadi viral dari minggu lepas lagi…QH ni macam biase la ambil masa dulu baru nak mencuba…orang lain dah puas post n berkali2 buat baru la QH ni terhegeh2 nak cuba…heeeee


Ok sebelum QH buat apam ni berbagai ragam la QH nampak dari kawan2 yang lain mengenai apam viral ni…ada yang buat menjadi ok la dapat makan hasilnye…tak kurang juga ada yang buat tidak menjadi…yang ni QH tahan gelak tengok…berbagai rupa bentuk ade…pernah ternampak macam pokok kaktus bile di buat dalam bekas kecil2 tu…heeee


Resepi ni di tag oleh salah seorang kawan di FB…ni kes sahut cabaran akak ni la QH mencuba juga buat apam ni…walaupon ade debar sehingga siap…takpe QH teruskan juga…nak tau la jugak bagaimana hasilnya dari QH pula…heeee…Alhamdulillah menjadi dengan gebus gebasnya…resepi ni QH takde tambah apa2 bahan sampingan kecuali tambah sedikit esen vanila dan perasa2 kegemaran QH…tu aje…bukan ape sekadar untuk mencantikkan sedikit apam viral ni…heeee...ok tekstur apam viral ni QH buat pagi tapi ianya masih lembut sampai ke malam...cuma sediakan air kalau nak makan apam ni...sebab ianya macam kita makan bahulu...heeee


Kepada empunya asal resepi ni…QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana berkongsi resepi yang menjadi viral dan membuatkan perasaan ingin tahu kawan2 terhadap resepi ni…giliran QH pula untuk memanjangkan resepi ni di sini…pada yang ingin mencuba…satu tips dari QH…nak buat apam ni pastikan gunakan mixer bukan blender…kemudian pukul telur tu betul2 sehingga kembang dan bertukar warnanya kepada putih gebu…in shaa Allah menjadi la nanti…SELAMAT MENCUBA yer


APAM VIRAL 3 BAHAN 3 RASA
sumber Kak Haliza Jeran

BAHAN
4 biji telur gred B – QH guna gred A 3 biji
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum - ayak
Sedikit esen vanila
1/4 sudu perisa oren + pewarna oren
1/4 sudu perisa rose + pewarna pink
1/4 sudu perisa keladi + pewarna ungu

CARANYA
Dengan menggunakan pemutar/mixer, pukul telur sehingga kembang dan putih gebu. Ambil sedikit masa guna high speed.
Sementara menunggu telur betul2 kembang, sediakan pengukus dan didihkan airnya.

Kemudian baru masukkan gula kastor dan pukul lagi. Tambahkan sedikit esen vanila.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dengan speed paling perlahan. Ratakan dengan spatula.
Kemudian bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
Warnakan mengikut perasa dan warna pilihan masing2.
Sediakan bekas yang sesuai kemudian masukkan adunan tadi.
Kukus selama 20 minit. Tutup penutup dengan kain bersih.
Setelah siap sejukkan di atas redai kemudian barulah dipotong.



Tags:

Share:

0 comments