SWEET SOUR IKAN KERISI



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Sedang fikir2 nak masak ape ke tu…
memang gitu la kan…tiap kali nak masak mesti akan jadi buntu…
QH yang jarang2 masak ni pon hadapi benda yang sama juga…lagi la suri rumah yang hari2 masak lagi la jem nak pikir…hehehe

Kalau setiap hari buntu…jengah je ke blog QH ni…in shaa Allah ada jalannya…kikiki


Ok la kali ni QH masak lauk kegemaran pulak…sudah tentu la pilihan QH ikan kerisi…walaupon ikan ni bersisik tebal…QH tetap suka, sebab isinya yang sedap tu…

Ikan ni QH masak sweet sour dimana resepinya QH ambil dari blog Kak Yatie…terima kasih kak kongsi resepi ni…yang membezakannya Kak Yatie menggunakan ikan siakap…QH menggunakan ikan kerisi…ape2 ikan pon sesuai je…yang penting ikut pilihan selera memasingkan…

Haaa dah buat pilihan ke nak masak ape untuk makan tengah hari ni…seperti biasa resepinya ada tertera di bawah yer…SELAMAT MENCUBA


SWEET SOUR IKAN KERISI
sumber Kak Yatie

Bahan2
2-3 ekor ikan kerisi – bersihkan dan dikelar2kan badannya
garam dan kunyit secukupnya
sedikit tepung jagung – lumurkan pada ikan

Bahan sos
4 biji bawang merah – hiris
1 biji bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
1 cm halia – hiris halus
1/2 cawan sos tomato
4 sudu besar sos cili
2 biji cili merah – hiris
6 biji cili padi – hiris
1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji tomato – belah 6
1 pokok daun sup dan daun bawang – hiris halus
Garam dan gula secukupnya

Minyak masak untuk mengoreng dan menumis


Caranya
Ikan dilumur garam dan kunyit. Kemudian lumurkan sedikit tepung jagung keseluruhan ikan.
Panaskan minyak dan gorengkan hingga masak dan garing. Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
Setelah kuah pekat, masukkan tomato dan sedikit daun bawang dan daun sup. Gaulkan rata.
Matikan api dan tuang kuah ke atas ikan yang telah digorengkan tadi.

Hidangkan dengan daun bawang dan daun sup. Hidangkan.



No comments:

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney