ROTI BENGGALI / ROTI TAWAR / ROTI BANTAL



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Selamat berhujung minggu…
Bahagianya cuti2 ni dapat berehat di rumah…macam biasa la bila rehat2 santai kat rumah…mula la kerajinan tu datang nak mencuba pelbagai resepi yang di simpan berkurun2 tu…hehehe

Hari ni terasa2 nak meroti la…dah siap dah pon…hihihi…selagi tepung roti tak habis kerjanya nak meroti jer…sayang kalau tepung tu dibiarkan gitu je…sebabnya bila dah terhenti memang susah la untuk kembali…hehehe


Ada yang panggil roti ni…roti benggali la…roti tawar la…roti bantal la…roti putih la…terpulang la nak namakan roti ni yang mana satu…hehehe
Resepi roti ni QH ambil dari rakan IG iaitu Kak Rozietahasan78…suka tengok apabila Che Ta ni meroti bermacam versi dan terkejar pula rasanya…hehehe…terima kasih kak kerana sudi berkongsi resepi dengan semua…
Roti yang QH buat ni comot sikit rupanya tetapi rasanya tetap sedap gebus gebas lagi tau…hihihi

Ada yang ingin mencuba?? ok di bawah ni ada 2 cara…1 menggunakan mixer dan 1 lagi menggunakan BM…pilih la yang mana 1 yang menyenangkan…SELAMAT MENCUBA!!!


ROTI BENGGALI/ROTI TAWAR/ROTI BANTAL

BAHAN2
350 gm tepung roti
1 tbsp shortening
Secubit garam – QH letak 1/4 tsp
120-160 ml air suam – QH letak 150 ml
2 tbsp gula kaster

11/2 tsp yis segera


CARANYA
Masukkan semua bahan2 di atas kecuali shortening & air ke dalam mangkuk pengadun
Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga kenyal
Kemudian baru masukkan shortening dan uli lagi sehingga elastik
Tutup doh dengan cling wrap sehingga naik dua kali ganda
Kemudian tumbuk doh untuk buang anginnya
Bentukkan doh seperti loaf dan masukkan ke dalam loyang yang disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu
Rehatkan doh hingga double size

Bakar hingga masak (suhu 200C dalam 35 minit atau hingga perang keemasan)


CARA QH
Ambil bekas BM (breadmaker) sapukan sedikit mentega pada padel menguli untuk mengelakkn doh melekat dan mudah keluar
Masukkan kesemua bahan diatas ke dalam BM
Dahulukan bahan2 cecair dan diikuti bahan2 yang lain
Tekan menu no 9, tekan loaf dan pilih warna roti. Pilihan QH gelap. Biarkan sehingga selesai
Apabila sudah siap, keluarkan dan longgarkan roti perlahan2.

Sejukkan roti di atas redai besi


No comments:

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney