KERABU KETAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Masih belum puas lagi berkerabu ala thai…sebelum ni QH dah mencuba kerabu kerang…kali ni QH bereksperimenkan dengan menggunakan ketam pula…adusss2 sedap tak terkata la…
Buat pula tak banyak…sebab nak mencuba dahulu mengena ke tidak…sekali terasa menyesal la pula buat sikit…heeee

Kebiasaan bila masak ketam ni makan memang mengambil masa la sedikitkan…ni tidak sebab ketam tu kita dah belah2kannya siap2…kerabu ketam ni sedap tau dibuat ratah begitu sahaja tanpa nasi…pilih la nak makan cara yang bagaimana…heeee


Penyediaannya sangat mudah…sama sahaja caranya macam nak buat kerabu kerang tu…cuma dalam ni QH tak letak dah kacang botol…semata2 ketam sahaja…sebab pada bukan pengemar sayur ianya macam menganggu jerk…heeee…padahal sedap kalau ada…ni ikut pada selera masing2 yer…
QH terangkan sedikit penyediaannya…begini
Memula sekali bersihkan ketam dan buang segala yang tidak berkenaan…kemudian belah sekor ketam tu kepada 4 bahagian…sepit ketam tu potong kecil…ambil periuk rebus ketam tadi bersama halia hingga masak…sementara tunggu ketam masak…sediakan bahan2 kerabu…
Apabila ketam dah masak…toskan airnya dan masukkan ke dalam bahan kerabu…gaul rata dan sesuaikan rasanya…siap

Mudahkan…apa lagi jommm cuba…resepi seperti di bawah yer…nak banyak gandakan sahaja resepi…SELAMAT MENCUBA


KERABU KETAM

Bahan2
4 ekor ketam
2 biji tomato – potong kiub kecil2
1 biji bawang besar – potong kiub
2-3 sdb sos ikan
1/2 biji perahan air lemon
suku cawan air asam jawa
Daun ketumbar – secukupnya (hiris lebih kurang 1/2 inci)
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar
12 biji cili padi merah dan hijau – kisar kasar
2 biji cili merah – kisar kasar
1 biji bawang besar – kisar kasar
1 inci belacan – dibakar dan kisar


* jika suka boleh tambah bawang putih – kisarkan bersama dengan bahan kisar tadi


Caranya
Basuh dan belah ketam kepada 4. Sepit ketam juga dipotong kecil.
Rebus ketam bersama beberapa hirisan halia hingga masak.
Tapis ketam dan buang air rebusan tadi.
Sesambil menunggu ketam siap direbus, sediakan bahan2 kerabu.  
Dalam bekas berasingan masukkan bahan kisar tadi. Satukan bawang besar, tomato dan daun ketumbar yang telah dipotong.
Masukkan sos ikan, air lemon, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Ketepikan.

Masukkan ketam yang telah direbus tadi ke dalam bahan kerabu dan gaul hingga rata. Sesuaikan rasanya. Siap.




Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney