KERABU KERANG ALA THAI



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Kembali atas permintaan…heeeee
Jahat tau korang ni…QH baru jer macam nak rancang2 rehat sebentar…tapi dah ade yang ingatkan QH supaya update blog…hihihi
Sebenarnya QH sibuk sedikit minggu ni dengan kerja2 hakiki di pejabat tapi demi pengikut2 setia QH…tak sanggup lak untuk menghampakan semua...QH sedia berkorban dan turutkan jua kehendakmu itu…

Makanya QH curi la sedikit masa untuk siapkan entri hari ni…dah aci kan…hehehe


Ok la kali ni blog QH tampil dengan resepi viral…sana sini la QH tengok ramai yang update kerabu kerang ala thai ni…bermacam jenis dan versi ada resepi2 ni…kebanyakkan resepi yang QH jumpa bahan2 yang digunakan mengikut agaran…mengikut kesesuaian selera memasing…dari resepi2 tersebutlah QH kumpul dan satukan la di sini…maaf jika terdapat kekurangan pada resepi ini…maklumlah resepi ni pon mengikut selera QH…


Pada sesiapa pon empunya dan pencetus terjadinya resepi viral ni…QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dan idea kepada semua…dapat juga kawan2 yang lain merasai kelazatan kerabu kerang ni…sebabnya lagi sangat berpuashati apabila buat sendiri…boleh buat dan makan sebanyak mana yang boleh…kalau nak tahu sedap juga tau dimakan begitu saja…baik la resepi kerabu kerang ni seperti di bawah yea…SELAMAT MENCUBA


KERABU KERANG ALA THAI

Bahan2
1 kg kerang
2 biji tomato – potong kiub kecil2
1 biji bawang besar – potong kiub
2-3 sdb sos ikan
1 biji perahan air limau nipis
suku cawan air asam jawa
Daun ketumbar – lebih kurang sepokok (hiris lebih kurang 1/2 inci)
6-7 batang kacang botol – celur sebentar dengan air panas
Garam dan gula secukupnya

Bahan kisar
12 biji cili padi merah dan hijau – kisar kasar
2 biji cili merah – kisar kasar
1 biji bawang besar – kisar kasar
1 inci belacan – dibakar dan kisar


* jika suka boleh tambah bawang putih – kisarkan bersama dengan bahan kisar tadi


Caranya
Basuh dan rebus bersama beberapa hirisan halia hingga ada kerang yang terbuka sedikit.
Tapis kerang dan buang air rebusan tadi. Rendam kerang tadi dengan air bersih dan letakkan ais batu ke dalamnya. Tujuannya untuk kerang tadi kekal segar.
Dalam bekas berasingan masukkan bahan kisar tadi. Satukan bawang besar, tomato, daun ketumbar dan kacang botol yang telah dipotong.
Masukkan sos ikan, air limau nipis, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Ketepikan.
Kopekkan kerang yang direndam ais tadi. Buang separuh kulit kerang.

Gaulkan kerang tadi ke dalam bahan kisar hingga rata. Sesuaikan rasanya. Siap.


No comments:

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney