KARI SARDIN TANPA SANTAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Dah mula memasak ker?? atau masih memikirkan lagi menu apa yang ingin dimasak…
Disini ada jalan penyelesaiannya…hehehe
Kalau buntu2 tu nak masak apa…buka je blog QH ni…terhidang pelbagai jenis pilihan resepi yang ada tau…hihihi

Cari di menu bar dan klik resepi pilih sahaja label2 yang ada tu untuk membuat pilihan…mudahkan


Kali ni QH mengkari pula…terasa lama pula tak makan lauk jenis kari2 ni…lauk kari hari ni QH masak tanpa menggunakan santan…buat pekat2 sikit perghhh senyap terus mengadap…hehehe
Lauk kari sardin ni QH makan bersama roti benggali buatan sendiri…ingat lagi tak entri roti sebelum ni…kalau lupa klik je di SINI
Cicah kari ni dengan roti tu alahaiii sedap mengena…pulak tu masa masak menu ni…hujan mencurah2 ke bumi…memang layan…hehehe…nak makan bersama nasi pon sesuai…terpulang dengan selera masing2…

Ingin mencuba resepi belasahan QH ni ada di bawah tu yer…maaf jika ada kekurangan pada resepi ni…SELAMAT MENCUBA


KARI SARDIN TANPA SANTAN

BAHAN2
1 tin sardin size besar
1 paket rempah kari seafood
2 tangkai daun kari
4 biji kentang – buang kulit
1 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
3 batang cili hijau
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 batang serai


CARANYA
Panaskan minyak masak dan tumiskan rempah tumis – bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih dan kayu manis.
Masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga naik bau. Kacau sekali sekala sehingga garing dan terbit minyak
Masukkan rempah kari yang telah dijadikan paste. Kacau hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan daun kari dan kentang. Gaul rata dan tambahkan air secukupnya. Biarkan hingga mendidih sambil dikacau.
Apabila kentang hampir empuk masukkan sardin bersama sosnya sekali. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 

Akhir sekali apabila kentang telah empuk masukkan cili hijau dan jika rasa telah sempurna matikan api.


No comments:

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney