TELUR PINDANG MASAK SAMBAL



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Hari ni QH kongsikan pula resepi telur pindang masak sambal…kalau nak tahu, sebenarnya dah lama QH mengidam nak makan lauk ni…ye la bukan senang nak jumpa telur pindang ni kalau tiada musim orang kawin…sebabnya kat Johor aje boleh jumpa semua tu…hehehe…kat tempat atau negeri lain mungkin ada tetapi tidak sehebat seperti di Johor…di Johor dimana2 boleh jumpa telur pindang ni…lagi satu tak semuanya akan sedap…pernah jumpa kulit telurnya tu warna coklat dan cantik dah tetapi rasa tidak beraroma langsung…bukan mudah untuk menyediakan telur pindang ni…segala jenis daun kena cukup baru la sedap…QH sendiri pon tak kenal jenis2 daun yang digunakan…tau2 jumpa yang dah siap dan makan sahaja…hehehe



Memang dah rezekikan…baru2 ni kebetulan ada majlis kawin di Johor…jadi dapatlah QH membungkus telur pindang ni beberapa biji…tu belum kira yang dimakan macam tu sahaja…QH memang suka sangat telur pindang ni…kebetulan yang ni sedap pula rasanya…sedap je mengopek dan makan…hehehe…rezeki juga buat QH dapat menyambalkan telur ni bila tiba di KL…puashati dapat makan dengan resepi belasahan QH ni…macam tersedap dan cukup rasa pon ada jugak…hihihi…bertambah2 tau makan…Alhamdulillah…nak tahu apa bahan2 yang QH gunakan…boleh rujuk resepi seperti di bawah tu yer…maaf jika ada kekurangan dalam resepi ni…SELAMAT MENCUBA!!!


TELUR PINDANG MASAK SAMBAL

BAHAN2
8-10 biji telur pindang
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1 batang serai
15-20 tangkai cili kering – rebus dan kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
Sedikit air
Gula dan garam secukup rasa

Minyak masak untuk menumis


CARANYA
Kupas kulit telur pindang dan ketepikan.
Kisar bawang merah, putih, besar, halia, kunyit dan serai.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga garing dan naik bau.
Masukkan pula lada kering yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan sos cili dan sos tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit air.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masukkan telur pindang yang telah dibuang kulit satu persatu. Gaul rata.
Jika rasa telah ok, matikan api dan sedia untuk dihidang.


Tags:

Share:

1 comments