ROTI BAKAR TELUR GOYANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Lama sudah QH menyepi…

In shaa Allah kini QH kembali lagi tetapi tidak pasti dan tidak berani untuk berjanji akan sentiasa ada atau kejap muncul kejap hilang…hehehe…yang pasti QH mahu teruskan setia bersama dengan QH yea…


Untuk permulaan ni QH sediakan menu yang mudah dan simple je dulu yea…ehhh tapi sedap dan mengenyangkan tau…ni kes tetiba teringin nak roti bako…teringat roti bako ketika QH outstation ke Penang…2 hari sarapan QH mengadap tu…tetiba tersuka…hehehe…kat Penang memang femes roti bako telo goyang ni…merata tempat ada n lagi satu Penang memang terkenal dengan pilihan makanan yang pelbagai tu…


Takkan bile dah tetiba teringin ni kena terbang ke sanakan…jadinya buat la sendiri…resepi pon QH main agak sendiri je…rasanya macam betul kot…hehehe…yang penting sekali telur tu biar 1/2 masak tau…terlebih nanti dah boleh jadi telur rebus pulak…hehehe…ok la resepi ni QH ada sediakan seperti di bawah tu yea…SELAMAT MENCUBA…


ROTI BAKAR TELUR GOYANG

Bahan2
Roti putih
Telur 1/2 masak
Kaya
Kicap cair/pekat
Sebuk lada sulah
Marjerin

Caranya

Panaskan air di dalam periuk dan biarkan ianya masak hingga mendidih.
Sementara menunggu air mendidih, bakar roti satu persatu.

Sementara menunggu air mendidih, bakar roti satu persatu.


Bakar roti di atas pan yang atau atas api yang di alas dengan rak berdawai.
Bakar dengan api yang sederhana dalam 2 minit atau sehingga garing sambil dibalik2kan roti tadi.
Apabila air telah mendidih, matikan api dan masukkan telur yang telah dibersihkan.
Rendamkan telur tadi lebih kurang 2-3 minit.
Angkat dan ketepikan.
Sapukan roti yang telah dibakar tadi dengan marjerin dan kaya.
Kemudian pecahkan telur 1/2 masak tadi ke atas roti bakar.
Hidangkan bersama serbuk lada sulah dan kicap cair/pekat.

(Kicap cair sangat masin dan letakkan sedikit demi sedikit)




No comments:

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney