KEK MARBLE OGURA - COKLAT & OREN



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Manjang masak jer macam jemu pulak ekkk…hehehe
Tukar la kali ni bermain dengan tepung bagai…lagipon memang dah mengedik2 sangat untuk mencuba kek marble yang tetiba meletop dan viral sekarang ni
Macam2 warna…macam2 bentuk dan hampir setiap hari berlalu lalang di wall FB dan IG…

Terkadang tekak ni teringin juga nak makan kek yang simple…taknak yang berkrim…


Kek marble ni dari zaman sekolah lagi QH dah pernah buat…cuma masa tu bahan2 simple jerk…macam2 corak yang dbuat…cuma bezanya sekarang versi dan bahan yang digunakan agak berlainan sedikit…ada tambah itu sikit ini sikit…ye la zaman semakin moden sudah tentu ada perubahankan…kek marble yang QH cuba kali ni dibakar dengan cara waterbath…menjadikan kek ni sangat lembut…resepi ni pula di ambil dari kenalan FB iaitu Kak Ummi Zawiyah…sekali padang terus jatuh cinta…maka terhasil la kek ni di dapur QH…terima kasih kak…kali ni QH kongsikan disini…ingin mencuba juga?? Jangan risau resepinya ada QH sediakn seperti di bawah tu yea…mana yang QH ubah ada dinyatakan…SELAMAT MENCUBA!!

kek tak berapa nak cantik permukaannya..tangan ni terderhaka sikit..abis jahanam kek..hehehe

KEK MARBLE OGURA
sumber: Ummi Zawiyah
resepi: Jeeany Tay

Bahan2
5 biji kuning telur gred A
1 biji telur gred A
70 gm tepung superfine
60 ml susu full cream
50 ml minyak jagung
1/4 sdk garam halus
1 sdk esen vanila

3 sdb serbuk koko
3 sdb air panas
(dibancuh jadikan paste)
QH letak 11/2 sdb serbuk koko + air panas
1/2 sdb perisa oren

5 biji putih telur
60 gm gula kaster

(diputar jadi soft peaks)


CARANYA
Pukul kuning telur, telur, esen vanila, minyak, susu dan garam dengan menggunakan whisk hingga sebati.
Ayak tepung sedikit2 ke dalam telur, sambil kacau guna whisk hingga sebati.

Telur putih tadi bahagi tiga bahagian
Masukkan satu bahagian ke dalam adunan tepung sambil kaup balik guna spatula hingga sebati, baru masukkan bahagian kedua dan diikuti bahagian ketiga.
Pastikan kaup balik dengan sebati.

Bahagi kepada tiga bahagian
Satu asal
Kedua titiskan sedikit warna hitam
Ketiga bubuh coklat paste tadi, kacau rata

yang ini QH buat 2 warna sahaja – oren dan coklat. Ikut pilihan sendiri


Guna loyang 8 inci
Alas dengan kertas minyak didasarnya
Keliling loyang sapu dengan mentega/marjerin
(ummi alas kertas minyak keliling loyang) – QH ikut ummi
Jika guna loyang boleh tanggal dasarnya, alas bahagian luar loyang dengan aluminium foil dua lapisan untuk menggelakkan air masuk dalam loyang.

Sendukkan/sudukan adunan ke dalam loyang yang disediakan seperti buat kek marble
Lorekkan guna chopstick untuk corak marble
QH sudukan warna coklat kemudian warna oren berselang2 sehingga habis. Kemudian lorekkan bahagian atas

Panaskan oven terlebih dahulu 150C
Bakar pada suhu 145C selama 40 minit
Lepas tu naikkan suhu 150C selama 30 minit
Bakar cara water bath
Letak kek dalam rak paling bawah dalam oven.

Sebaik kek sudah masak, keluarkan dari oven
Keluarkan kek dari loyang. Tanggalkan kertas di sekeliling dan masukkan balik dalam oven. Tidak perlu on oven
Biarkan kek tu 20 minit dalam oven panas

Lepas tu keluarkan dari oven biar kek sejuk baru dipotong.


No comments:

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney