BIHUN TOMYAM SEMPOI...



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Hari ni QH nak kongsikan satu resepi yang sedap dan cepat disediakan...sesuai la untuk para2 ibu yang sibuk dengan tugasan harian...memang sangat senang...sekejap sahaja sudah siap...jika ingin menambah lagi bahan2 yang sesuai itu terpulang pada selera masing2...resepi yang QH sediakan seperti di bawah ni sangat sempoi...pes tomyam QH menggunakan pes tomyam adabi je...nak cepatkan...hehehe...yang penting hasilnya tetap sedap...



BIHUN TOMYAM

Bahan2
Mee hoon secukupnya (dicelur)

Bahan kuah
1 paket pes tomyam adabi
3 keping dada ayam – potong kecil
15 ekor udang saiz sederhana
15 ekor sotong saiz kecil
1 batang lobak merah - hiris nipis
3 batang saderi
1 labu bawang besar – hiris
3 biji bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 inci lengkuas - hiris
2 batang serai - diketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 biji limau nipis
6 biji cili padi – diketuk
Air secukupnya

Garam dan gula secukup rasa


Caranya
1. Didihkan air. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. 
2. Lepas itu masukkan ayam biarkan seketika. Masukkan sotong dan udang. Biarkan sebentar. Bila sudah sebati masukkan lobak merah dan saderi. 
3. Kemudian masukkan pes tomyam, perahan limau nipis dan garam serta gula secukup rasa.

4. Tutup api dan bolehlah dihidang panas bersama mee hoon yang telah dicelurkan terlebih dahulu.


2 comments:

mOoN IzzaN said...

wah.. fevret anak-anak ni...

norhidana miswan said...

sedap nengok tomyam campur akak tuh...

*aritu kite tgk rancangan msk bersama pensonic...
nampak lah akak cantik ni masak sambil malu2

@qaseyhoney