NASI KAK WOOK



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Salam Ramadhan ke-5

Hari ni nak kongsikan resepi iftar QH yang ke-2...maaf la lambat sikit updatenya...hihihi...resepi ni amat popular la kalau di Kelantan...memang resepi ni dari sana pon...tapi sesejak zaman viral ni...sekejap je dah menular ke tempat2 lain...di Kuala Lumpur sahaja terdapat banyak lambakkan kedai ala2 Nasi Kak Wook ni...bila rasa teringin pilih aje la mana2 kedai...


Kedai Nasi Kak Wook yang biasa QH pergi terletak di Wangsa Maju...kalau ingin mencari waze sahaja nama kedai tu dan tempatnya...sekarang dah canggih main waze je...hehehe


Kebiasaan tu kalau teringin QH pergi je ke kedai Nasi Kak Wook tu...tetapi apabila ada salah sorang kawan FB QH ada share resepi ni...diam2 QH pm orangnya untuk meminta resepi...masa post di FB dan IG tu nampak sedap pulak QH tengok dan juga ada ternampak lagi beberapa orang telah mencuba juga...tu yang buat lagi ingin mencuba...


Resepi ni QH ambil dari Kak Rozmaliza...terima kasih kak sudi melayan QH dan memberi resepi ni...izinkan QH untuk kongsikan resepi ni di blog QH pula...memang sedap dan tak sangka sedap pula masak sendiri ni...hehehe...macam dah boleh kedai sendiri ni...Nasi Kak QH lak...hahaha (gurau aje) pada yang ingin mencuba resepi yang sedap ni...sila la salin resepi di bawah tu yea...SELAMAT MENCUBA!!!


NASI ALA KAK WOOK
sumber Rozmaliza

Nasi
Nasi putih dimasak letak daun pandan simpul.

Gulai Ayam Ala Kak Wok
4 labu bawang besar merah
5 ulas bawang putih
1 1/2" halia
1 1/2" lengkuas
3 sudu (b) rempah kari daging @ rempah gulai darat
2 sudu (b) rempah kerutub
Carrot - dipotong 2"
Kacang panjang - dipotong 2"
Kentang potong kiub
Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong2 kecil.
Santan (jgn pekat sgt)

Cara2nya
1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dgn air dan gaul pada ayam. Perap sekejap.
3. Kemudian masukkan kedalam bahan2 yg ditumis tadi. Masukkan kentang. Masak sampai kentang & ayam empuk. Masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat. Masukkan carrot dan kacang panjang.

4. Masuk garam, gula nisan dan serbuk perasa @ kiub ayam. Masak sekejap. (gulai ayam ni tak tumis rempah kasar)


Ayam Goreng Ala Kak Wok
Ayam dipotong kecik2
Bawang putih ditumbuk lumat
Garam
2" kunyit hidup di tumbuk lumat
1 sudu (k) serbuk kunyit
1 sudu (k) serbuk cili

Cara2nya
1. Ayam basuh bersih2 dan ditoskan. Kemudian dipotong kecik

2. Lumurkan ayam dgn bahan2 diatas dan perapkan sekejap. Goreng ayam dlm minyak terendam sampai sederhana garing.


Sambal Belacan Ala Kak Wok
4 biji cili kering - direbus
Cili padi ikut pedas
2 inci belacan
1 labu bawang besar dibakar
1 labu bawang putih dibakar
Gula, garam, ajinomoto
Air asam jawa

Cara2nya

Blend semua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 
DAN BERSAHUR

Share:

2 comments