KURMA TELUR



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Kali ni selera tetiba nak makan kurma telur pula...rasanya lama juga QH dah tak makan lauk berasaskan kurma ni...hasil carian di Google terjumpa la dengan resepi dari dapur Kak Ratna iaitu Dari Dapur Madihaa...sesekali tu pasti ingin mencuba resepi dari kawan2 jugakan...terima kasih kak atas perkongsian resepi tersebut...

Resepi ni menepati citarasa QH...satu persatu resepi ni QH ikut sahaja...kecuali QH ada menambah lobak merah di dalam resepi ni...kebetulan dah ada jadinya QH masukkan sekali...sebabnya kalau mak QH masak kurma dia suka masukkan lobak merah tu...hehehe...ok la jika ada ingin mencuba pula resepi ni...seperti biasa QH sediakan di bawah ye...nak dekat2 bulan Ramadhan sudah tentu resepi seperti ini menjadi pilihan bukan...SELAMAT MENCUBA!!!


KURMA TELUR

Bahan2
5 biji telor rebus ~ dikupas & digoreng sekejap
2 biji ubi kentang ~ dikupas & potong 4
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia* (bahan bertanda* boleh ditumbuk atau dimayang halus)
3 sudu besar rempah kurma ~ campur sikit air jadikan pes
2 cawan santan sederhana pekat
2 biji cili hijau dibelah dua atau 6 biji cili padi
1 biji lobak merah - dipotong kecil (QH tambah)
Tomato jika suka
1 biji bawang besar ~ dibelah 6 
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa 
Minyak untuk menumis

Rempah tumisan
1 inci kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
2 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga 


Cara menyediakan
1.             Panaskan minyak masak. Tumiskan rempah tumisan sehingga wangi.
2.             Masukkan bahan tumbuk/mayang & biar hingga wangi. Masukkan pes kurma & kacau rata hingga naik minyak.
3.             Masukkan santan, kentang, garam & gula. Masak hingga kentang empuk sambil dikacau supaya santan tak membuak.
4.             Masukkan asam gelugur, telur rebus yang telah digoreng, bawang besar & cili padi.

5.             Masak sekejap & akhir sekali masukkan tomato. Kacau2 kejap bolehlah matikan api & hidang.


Tags:

Share:

0 comments