CUCUR PISANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Salam Ramadhan yang ke-3...
Menu iftar pertama dari QH #cadanganhidanganiftar2017...tu dia hesteknya...hehehe
Seperti biasa...bila tiba bulan puasa ni ramai yang ingin berkongsi resepi iftar memasingkan...masa ini juga la kita akan jumpa pelbagai jenis masakan...ada yang senang dan agak rumit sedikit penyediaannya...itu semua terpulang kepada pilihankan...suka bila melihat kawan2 kongsi resepi macam2 ni...sekurang2nya membantu atau memberi sedikit idea kepada kita untuk menyediakan hidangan untuk keluarga kan...senang kerja...hehehe...

Resepi iftar QH kali ni yang sangat mudah dan senang untuk disediakan...sesuai la juga buat ibu2 yang bekerja atau yang sibuk menguruskan hal anak2...

Terkadang menu yang simple2 ni bila bulan puasa ianya akan menjadi luar biasa sedapnya...hihihi...iya tak tipu...sudi2kan mencuba resepi belasahan dari QH...SELAMAT MENCUBA!!! SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA...



CUCUR PISANG
10 biji pisang emas
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam atau secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Caranya
1. Kupas kulit pisang dan masukkan pisang ke dalam satu bekas. Lenyekkan pisang tersebut.
2. Kemudian tambahkan garam dan gula. Gaul rata.
3. Masukkan pula tepung dan gaul sehingga rata. Tambahkan air secukupnya atau jika perlu.

4. Panaskan minyak dan gorengkan adunan cucur tadi sehingga garing. Angkat dan tsokan minyaknya. Siap dan sedia untuk dihidang.


SAMBAL KICAP

Bahan2
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji lada merah dan hijau
15 – 20 biji cili padi merah dan hijau
1 biji air perahan limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Kicap lemak manis secukupnya

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali leper atau pan.
2. Gorengkan sebentar bawang merah, bawang putih, lada merah dan hijau serta cili padi sehingga laju.
3. Angkat dan masukkan ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
4. Tuang ke dalam bekas yang lain, tambahkan garam dan gula secukup rasa serta kicap secukupnya.

5. Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis. Seimbangkan rasanya. Siap untuk dihidang. 




Tags:

Share:

0 comments