SPRIRAL BOLOGNESE AYAM RINGKAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Maaf la semua...sejak2 ni memanjang sibuk je QH...sibukkan ke ape tak tahu la...hihihi...setiap hari ada je benda yang perlu dibuat...ada je perkara yang terjadi...menjadikan tak sempat nak menjengah ke blog...memalam ni QH curi masa sedikit untuk mengupdate blog...update malam tau...lepas tu QH menggunakan auto publish...setkan je pukul berapa nak bersiaran esok pagi...hehehe...senangkan...



Kali ni tekak selera nak makan makanan omputeh lak...hihihi...sesekali tukar selera ala2 western gitu...hehehe...yang ni QH buat jenis simple jer...main buh je bahan yang rasanya sesuai...sedap jugak!!! alahai puji diri sendiri nampak...hehehe...airtangan sendiri kan sudah tentu sedap...sesekali masak kena dengan selera...paham2 je macam mana berseleranya makan...yang rasa2nya ingin mencuba...satu persatu resepi QH sediakan seperti di bawah...SELAMAT MENCUBA tau...maaf entri ciput je...lain kali kita bersembang panjang2 ye...


SPIRAL BOLOGNESE AYAM RINGKAS

Bahan-bahan
500 gm pasta spriral (1 bungkus)
2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
2 liter air
Garam
Brokoli – celurkan dengan air panas

Cara penyediaan
1. Rebus air dalam periuk besar. Masukkan minyak zaitun dan secubit garam ke dalam periuk yang berisi air mendidih supaya pasti tidak melekat.
2. Masukkan pasta dan kacau sekali-sekala. Rebus sehingga al-dente atau lembut.
3. Tapiskan pasta dan buang airnya. Kemudian lalukan dengan air paip. bertujuan menyejukkan pasta.

4. Setelah ditoskan, masukkan ke dalam bekas lain dan tambah sedikit minyak zaitun untuk mengelakkan pasta melekat. Gaul rata.


Bahan sos
1 tin sos Tradisi Prego
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
2 biji bawang besar kuning – dipotong dadu
3 ulas bawang putih – dicincang halus
2 biji tomato segar ranum - didadu
1 batang carrot – didadu kecil
1/2 biji lada bengala hijau – didadu kecil
1/2 biji lada bengala kuning – didadu kecil
1 kiub ayam
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar mentega
3 cawan air secukupnya
Sedikit garam dan gula secukup rasa


Cara penyediaan sos
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk. Kemudian masukkan mentega dan kacau.
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan sos Prego, sos cili sos tomato. Gaul rata. Tambahkan air secukupnya dan gaul rata.
4. Masukkan lobak merah, tomato dan kuib ayam. Gaul rata. Kecilkan api dan biarkan seketika hingga kuah sedikit pekat.
5. Kemudian masukkan lada bengala hijau dan lada bengala kuning. Perasakan kuah dengan garam dan gula secukupnya. Seimbangkan rasanya.

6. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Matikan api.


Bahan ayam goreng
500 gm dada ayam – dipotong kecil
Garam secukupnya
2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji telur
Tepung goreng ayam Adabi secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan ayam goreng
1. Gaulkan ayam bersama garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah.
2. Celupkan ayam tadi dengan telur dan salutkan ayam tadi dengan tepung sehingga rata.
3. Panaskan minyak untuk menggoreng. Masukkan ayam dan goreng ayam sehingga garing dan kuning keemasan. Angkat dan toskan minyakknya.

4. Hidangkan bersama pasta dan sos Bolognese.




3 comments:

Anonymous said...

Waa,sedap san senang untuk masak sbb tu sya suka dgan blog,

Anonymous said...

Sbb tu sya suka sgt dgn blog ni,

NEKCIK said...

SALAM qh, nEKCIK PUN SUKA GUNA SPIRAL PASTA NI..LAGI LEMBUT DARI SPAGHETI

@qaseyhoney