KERABU MAGGI



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Bertemu lagi…
Hari ni nak kongsikan resepi yang simple2 je tapi ianya mengenyangkan juga tau…sesekali tukar la sikitkan selera tu…
Kali ni menu kita ala-alai thai gitu…boleh ker…hihihi
Kerabu maggi ni QH baru2 juga mencuba...pertama kali nak makan memang agak teruja juga...tak sabar nak tahu akan rasanya...kalau di KL ni tidak susah nak mencari kedai yang menjual kerabu maggi ni...banyak kedai2 makan siam di sini...kena dengan selera atau tidak je...hehehe...bila dah cuba tu boleh la masuk dengan selera QH...




Tetapi kali ni QH mencuba sendiri tau...kebetulan di rumah ada stok maggi siam tapi bukan brand kebiasaan yang digunakan dalam kerabu maggi tu...ni QH beli dah agak lama juga sebelum luput baik adanya kita buat sesuatu...tidak la membazir kan...ok brand kebiasaan yang digunakan tu Perda plastik kaler oren...resepi ni QH main belasahan je...yang penting kena seimbangkan rasa masam, masin, manis dan sedikit pedas...senang je la nak buat kerabu maggi ni...main rebus2 dan campak2 je...gunakan apa sahaja bahan yang di rumah dan yang penting ikut selera masing nak letak ape...nak macam cara QH pon boleh...resepinya seperti di bawah tu...ingat ni resepi belasahan QH je tau...mana ada yang terkurang terlbih tu...harap dimaafkan...selamat mencuba!!!


KERABU MAGGI

Bahan2
2-3 paket Maggi Siam
2 paket perencah maggi
2 helai daun limau purut
Udang – buang kulit dan celur dengan air panas 
Sotong - dicelur bersama air panas
Jejari ketam - dicelur bersama air panas
1 biji bawang besar – hiris dan dicelur dengan air panas
2 biji cili basah hijau - potong kecil
6 biji cili padi – potong kecil
1 kuntuk bunga kantan – hiris halus dan dicelur bersama air panas
1/2 batang lobak merah – disagat dan celur dengan air panas
4 pokok choy sum – dipotong dan celur dengan air panas
Tomato ceri – belah dua
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Garam dan gula secukup – jika perlu


Caranya
1. Celur maggi bersama sedikit minyak masak hingga kembang dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan air untuk merebus. Masukkan daun limau purut dan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.
3. Masukkan bahan2 yang perlu di celur satu persatu. Masukkan bahan2 tersebut berasingan jangan dicampur. Toskan. Air rebusan jangan dibuang.
4. Setelah siap masukkan ke dalam bekas dan campurkan ke semua bahan tersebut. Tambahkan perencah maggi tadi. Masukkan sedikit demi sedikit. Sesuaikan rasanya.
5. Tambahkan 2 senduk air rebusan tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasanya masam, masin, manis dan pedas. Jika ingin lagi berkuah boleh tambah.
6. Siap untuk dihidang.



5 comments:

Juls Julie80 said...

Salam Sis..

sedapnya...teringin lak rasa nak makan kerabu megi..hehehe

norhidana miswan said...

aduh kak... terus rasa terliur nk mkn kerab megi nih tau... nsb la banyak kedai mkn siam dkt2 umah n opis...
kalau tak batu belah batu bertangkup hehehehhe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tertelan ailio tengok kerabu megi QH, hihi

umminani said...

sedapnya aiiiii..bila nak belanja i kerabu maggi?

Anonymous said...

Alahai sedapnya megi kerabu dia.. Salam kenal aawak, saya newbies blogger resepi. Sila la lawat blog saya http://cararesepi.blogspot.my/. Kalau tak kisah, masukkan lah blog saya yang tak seberapa tu dalam bloglist awak. Huhu

Instagram Follow on Instagram

@qaseyhoney