KEK EPAL LOBAK MERAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Membaking pula resepi kali ni...orang kata nak lepaskan gian...hehehe...sungguh memang jarang sangat dah QH membakingkan sekarang ni...banyak resepi masak2 yang QH kongsikan sekarang...minat dah tukar kot


Sejak2 jaga badan a.k.a diet la sangat ni...tak boleh kerap sangat membaking...kikiki...boleh caya ke tuhhh...lagipon memang tak larat dah nak mengadap kek macam dulu2...suka buat tapi makan sekeping dua je dah cukup...sekarang ni kalau QH buat mesti bawak ke opis makan ramai2...bestkan...



Kebetulan kat rumah ketika itu ada epal dan lobak merah...jadinya gigih la mengugel cari resepi...maka terjumpa la resepinya di blog Kak Azlita Masam Manis...terima kasih kak Ita dan penyumbang2 resepi kek ni...terima kasih kerana sudi berkongsi resepi kek yang sedap ni kepada semua...kali ni QH mencubanya...tetapi QH buat ni versi malas...hehehe...bancuh2 masukkan ke dalam loyang je...hias2 pon takde...tapi jangan risau tetap sedap tau...


QH belum rasa lagi nak makan kek jenis berkirm2 ni...tu yang buat plain je...kalau rasa ada yang berminat nak letak krim boleh jer...buat kaedah macam QH buat tu...pastu letakkan krim ke atas kek tu...pon menarik juga tau...resepi kek dan krim ada QH sediakan seperti di bawah tu...mana yang diolah tu ada QH nyatakan...baca je resepi tu dengan teliti...ok la selamat mencuba semua!!!


KEK EPAL LOBAK MERAH
Sumber Masam Manis
Dari Koleksi resepi : CARROT APPLE CAKE 
By:
 Naz Rin Can
Rujukan :
 Yatie

Bahan2
200 gm tepung gandum QH guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
Secubit serbuk kayu manis
Secubit garam halus
1/2 cwn gula perang halus
1/4 cwn gula castor
2 biji telur
1/2 cwn minyak jagung
50 gm mentega ~ dicairkan
100 gm lobak merah ~
  diparut
75 gm apple hijau ~
  diparut kasar dengan kulitnya sekali anggaran 1 biji apple kecil
30gm pistachio ~ boleh juga guna kacang lain
QH tak letak
1/4 cawan coklat chip – QH tambah



Caranya
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang muffin dan susunkan cawan kertas didalamnya ~ ketepikan
 (QH guna loyang)
Sapukan loyang dengan marjerin dan alaskan dengan baking paper

Ayak
  tepung bersama  baking powder, soda bicarbonate dan garam halus.
Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
Masukkan kesemua bahan lain kecuali apple, carrot dan kekacang
Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
Masukkan apple, carrot dan kekacang
Gaul rata menggunakan spatula sahaja
Scopkan adunan kedalam cawan kertas -
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disediakan tadi.
Bakar pada suhu 170C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek cawan masak dengan sempurna

Jika menggunakan loyang bakar selama 35-40 minit
Tunggu kek benar-benat sejuk sebelum dihias dengan cream cheese – QH tak buat


CREAM CHEESE TOPPING
125 gm cream cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula icing ~ diayak
1 sudu kecil jus lemon atau pes lemon

Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.
Masukkan adunan dalam piping bag
Simpan sebentar dalam peti ais anggaran 15 ~ 20 minit
 
Pipingkan atas kek yg telah sejuk tadi.
Taburkan sedikit dengan parutan carrot
 
Hias ikut kreativiti masing2.
Masukkan dlm peti ais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.


@qaseyhoney