AYAM MASAK SAMBAL KACANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Ingat tak lagi QH pernah kongsikan resepi sambal kacang ni…tak ingat takpe…boleh klik SINI…resepi yang lepas QH letakkan tauhu goreng dalam sambal ni…kali ni bubuh ayam pula…sebab sedap dan kena sangat2 dengan citarasa QH…maka masak la lagi…


Ayam tu QH tak goreng garing sangat…goreng setengah masak…lagi sedap bila isi ayam tu juicy dan lembab2 macam tu…jadi takde la isinya nanti keras dan kering…yang ni terpulang pada selera masing…kalau suka ayam tu garing…boleh je nak buat macam tu…tak salah pon…pilihan di tangan anda…hehehe



Resepi ni QH ambil dari blog Fayreen Mizan...terima kasih berkongsi resepi yang sedap ni...kali kedua tau QH mencuba resepi awak ni…memang sedap sangat…pada yang belum mencuba tu…sila2kan la mencuba…in shaa Allah akan menepati selera nanti…ok la macam biase resepinya QH sediakan seperti di bawah tu yer…SELAMAT MENCUBA!!!


AYAM MASAK SAMBAL KACANG
sumber: Fayreenmizan

Bahan2
4 keping ayam – dipotong 4
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk mengoreng

Bahan sambal kacang
250 gm kacang tanah
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai                 
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
2 biji buah keras
2 sudu kecil gula melaka
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya


Penyediaannya
1. Mula sekali bersihkan ayam dan belah kepada 4 bahagian. Lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gorengkan ayam tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Gorengkan kacang tanah dengan sedikit minyak. Pastikan kacang masak dengan sempurna
3. Apabila sudah siap digoreng, ketepikan. Toskan minyak berlebihan kalau ada dan biarkan kacang sejuk sekejap kemudian baru ditumbuk atau dikisar. Kisar kacang halus dan kasar kacang tersebut.
3. Seterusnya tumis bahan yang telah dihiris tadi dengan sedikit minyak. Kemudian toskan dan kisarkan bersama buah keras sampai halus.
4. Selepas itu, masukkan kesemua bahan yang telah dikisar tadi ke dalam kuali dan didihkan.
5. Masukkan sekali kacang tanah dan air asam jawa. Masukkan juga air supaya kuah sambal tak terlalu pekat.
6. Apabila sudah mendidih, masukkan gula melaka sikit-sikit sehingga mencapai kemanisan yang dihajati. Masukkan juga sedikit gula dan garam secukupnya. Kacau rata.
7. Kacau-kacaukan kuah sambal ini dan biarkan masak di atas api yang kecil sehingga pecah minyak.

8. Langkah terakhir masukkan ayam yang telah digorengkan tadi. Kacau sehingga rata dan perasakan rasanya. Siap untuk dihidang. (Tambah air jika kuah terlalu pekat)


3 comments:

norhidana miswan said...

sedapnya kak

sesuai betul mkn ngn nasi impit nih kan...

adda syuhada said...

sedapnyer...

Amanda Suria said...

makan ngan nasi impit sedap nih...

@qaseyhoney