KEK PISANG NUTELLA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Taraaaa...kan akhirnya pada entri kali ini membaking juga...bukan senang nak buat tu...mood nak datang untuk membaking punya la bercinta...nak menghasilkannya apakan lagi...jenuh la keluar masuk bahan2...hehehe...pisang tu pon entah kali ke berapa beli tak terhitung dah...hihihi...punyalah susah betul nak bermain dengan tepung bagai...padahal senang sangat2 je nak buat kek pisang ni...hehehe...uitttt senang ke??? ngeeee



Terpanggil juga untuk membuat kek pisang ni apabila ramai kawan2 QH di FB, IG dan blog yang menayang kek yang sedap ni...hari2 mesti ada je yang pos...tetiba kek pisang ni menjadi sangat femes dan terviral pulak...hehehe...ehhh QH pon nak la juga join sama2 memeriahkan lagi trending kek pisang ni...kan kan kan

Ada pelbagai, bermacam2 versi resepi kek pisang ni...pilih la mengikut pilihan hati...ada yang menggunakan minyak masak, minyak jagung, marjerin dan yang terbaru ni menggunakan buttermilk...nak menggunakan kaedah membakar atau mengkukus pon boleh pilih je mana yang nak...



Ok resepi pilihan QH kali ni di ambil dari blog Nina Mirza...QH tertarik dengan resepi ni kerana senang sangat...blender pastu campurkan dengan tepung dah boleh bakar...haaa senangkan kan kan...terima kasih Nina kerana telah berkongsi resepi kek pisang ni kepada semua...kali ni QH cuba dan letakkan pula resepi ni di sini...

Tetapi ada la juga sedikit olahan dari QH...hihihi...tak banyak pon cuma tambahkan dengan sedikit nutella dan QH buat la belang2 ala2 kek marble...semuanya ada QH terangkan di dalam resepi kat bawah tu...yang paling penting kek ni memang sangat sedap, lembut dan lembab...cukup 3 rasa tau...walaupon rupanya memang tak cantik...mengerutu di bahagian atas tu...ok selamat mencuba pada semua yang berkenan dengan resepi ni...



KEK PISANG NUTELLA
Sumber : Nina Mirza

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**
4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji) QH guna 2 biji pisang cavendish
1 cawan minyak (nina guna minyak jagung)
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang) QH letak gula kastor dan gula perang
3 biji telur
** blend semua**

3 sudu besar Nutella - QH tambah

Cara penyediannya
1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak, (Nina pakai loyang petak size 8inch). QH guna loyang bulat berlubang ditengah – sapu loyang dengan 
marjerin dan taburkan dengan tepung gandum.
4-. Bahagikan adunan kepada 2 sama rata. Tambahkan coklat nutella ke dalam salah satu adunan tadi. Kacau rata.
5-. Sudukan 1 sudu besar adunan yang telah dicampurkan nutella. Kemudian sudukan pula aduanan yang kedua secara selang seli. Buat sehingga habis.
6-. Hiris nipis sebiji pisang dan hiaskan di atas adunan kek tadi.
7-. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit.
8-. Dah sejuk sedia dihidangkan.


Tags:

Share:

1 comments