BISKUT PISTACHIO



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Selamat hari raya awak2 semua...hehehe
Kesilapan ke apa ni...kikiki
Ala kan nanti tak lama lagi nak Tahun Baru Cina kan...tu yang keluar biskut raya entri hari ni...padahal resepi ni QH tak sempat nak update kat blog sebelum raya puasa yang lepas...kira ok la jugakkan kebetulan nak CNY tak lama lagi...lagi satu kalau rajin bila2 masa boleh je nak buat biskut ni...sambil2 tengok tv tu biskut ni boleh jadi peneman...hihihi




Biskut ni makin lama makin sedap tau...jatuh cinta terus...teksturnya yang rangup tu buatkan susah untuk berhenti makan biskut ni...apatah lagi gabungan bahan yang digunakan tu sangat mantap tu yang membuatkan biskut ni sangat sedap...

Sebelum terlupa resepi ini QH ambil dari blog Kak Wan@Citarasawan...terima kasih kak...banyak resepi biskut yang QH ambil dari blog akak...izinkan QH kongsikan resepi ni di blog QH pula yer...ok seperti biasa resepinya QH sediakan seperti di bawah tu...selamat mencuba!!!



BISKUT PISTACHIOS / PISTACHIOS COOKIES

Bahan A
230 gm mentega
20 gm shortening
120 gm gula kaster
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna hijau apple

Bahan B
80 gm kacang pistachios – kisar halus
90 gm cheese crakers – kisar halus
90 gm cornflakes – kisar halus
330 gm tepung gandum – ayak


Hiasan : Coklat masakan putih cair dan kacang pistachios – QH tak guna coklat putih


Cara2
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli menjadi boh.
2. Rehatkan doh selama 15 minit dalam peti sejuk.
3. Canai dan terap mengikut suka. Sapu sedikit kuning telur (QH sapu putih telur) di atasnya. Lepas sapu putih telur QH terus taburkan kacang pistachios yang telah dikisar dan hiasan lain.
4. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.
5. Sejukkan dahulu kemudian pipe sedikit coklat masakan dan tabor dengan kacang psitachios cincang.
6. Simpan dalam bekas kedap udara.


Note: Kacang pistachios di cincang dan di bakar sebentar pada suhu rendah 120C selama 5 minit sebelu di tabur ke atas biskut.


No comments:

@qaseyhoney