KACANG RUGGET



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Haiii bertemu lagi...
Maaf banyak2 semua dah banyak hari QH tak dapat nak bersiaran...beberapa minggu ni QH agak sibuk sedikit...mesti ada yang hampakan bila singgah ke sini aje...resepinya begitu juga...QH akan cuba untuk mencuri sedikit masa untuk berblog...tak menahankan statement QH tu...mengalahkan PM pula dia...hehehe...

Cuti sekolah telah pon bermulakan...jadi boleh la membuat apa2 perancangan untuk bercuti...sekarang di MAEPS, Serdang sedang berlangsung MAHA 2014...in shaa Allah jika ada kesempatan QH nak ke situ juga...jom ramai2 ke sana...hehehe...tapi sebelum tu...jom tengok resepi yang QH nak kongsikan hari ni...




Pasti ramai yang suka makan kacang rugget ni kan...biasa QH panggil kacang salut tepung aje...hihihi...sesekali makan kacang takpe...tak naik jerawat pon...hehehe...

Pada raya yang lepas QH tak sempat nak buat...jadi sebelum raya haji hari tu QH buat...ok sangat sedap dan rangup...rupanya tak susah mana pon nak buat kacang rugget ni...sebab kebiasaannya kita beli aje yang dah siap tu kan...senang terus masuk ke mulut...hehehe...

Resepi ni QH ambil dari blog Kak Azlita...QH takde ubah apa2 pada resepi ni...semuanya QH ikut sepertimana cara Kak Ita...sebelum tu terima kasih kepada Kak Ita, Hasue dan Aleen kerana sudi berkongsi resepi ini...pada yang ingin mencubanya pula...sila rujuk pada resepi di bawah tu yer...




KACANG RUGGET
Resepi Oleh : Kak Azlita, Hasue
Rujukan : Aleen Aireish

Bahan2
500 gm kacang tanah
1 biji telur
1 1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 cawan tepung beras
2 sudu makan serbuk cilia tau serbuk lada sulah (QH guna serbuk cili)
1 cawan air
2 biji cili merah / cili kering (QH guna cili merah)
Gula secukupnya
Garam secukupnya



Caranya
Mula-mula kita bersihkan kacang dahulu. Cuci bersih dan toskan airnya hingga kering.
Lepas itu kita tumbuk atau kisar bawang putih, halia dan cili. Ketepikan.
Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukupnya rasa, telur dan bahan yang telah dikisar tadi.
Gaul semua bahan hingga rata.

Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak.
Sentiasa kacau supaya kacang tidak melekat-lekat dan tidak hangus.
Bila dan kekuningan angkat dan toskan minyaknya.
Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.



* ingat ya guna api sederhana, takut nanti luar dah hangus tapi kacang dalam masih tak masak.

Share:

11 comments