KARYA MELUR JELITA YANG BUAT DIVAZ ANGAU!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Apa khabar semua...
selamat bertemu kembali setelah sebulan lebih kita tidak bersuakan...
QH Alhamdulillah sihat...hurmmm cuma agak sibuk sikit...ngeee...

Bila dah lama tidak mengetuk papan keyboard ni mulalah idea carca marba...ayat pon mulalah jadi tunggang langgang jadinya...jangan ada yang pening2 lalat setelah membaca sepenuhnya entri ni sudah...hehehe...tolong maafkan saya!!

Hurmm agak melampau tak tajuk entri kali ni ekk?? hihihi...hanya yang memahami saja yang faham akan maksud tajuk tersebutkan Divaz Jelitawan semua...hehehe...angau dengan siapa?? hero atau heroinnya?? angau dengan apa yang ada pada hero atau heroinnya?? atau angau dengan jalan cerita dalam novel2 tu...hehehe



Pada Sabtu 6.9.2014 yang lepas QH ke PNM untuk bertemu dan membeli novel terbaru dari Kak Melur Jelita...sesi pagi pelancaran tu QH tak pergi...tetiba pagi tu macam2 hal pulak...jadinya QH ke sana belah petang sahaja...katanya gimik perlancaran novel tu best...Kak MJ pon cakap macam tu juga...kecewanya...gimik tu QH dapat tengok sikit di FB Kak MJ...terima kasih pada Divaz yang sudi share video pelancaran di situ...tak dapat tengok HERO!! datang khas dari unit Komando VAT 69 tu...

Kak Melur Jelita ni antara novelis yang QH minat...memang nak sangat bertentang mata dengan beliau...akhirnya tertunai sudah...dalam hati jangan katalah bila dapat peluk Kak MJ...dup dap dup dap...hehehe...kagum dengan semua hasil karya beliau...cara penulisan dan pengolahan ceritanya berbeza dari novelis yang lain...di setiap novelnya akan diselitkan dengan unsur2 nasihat, ada nilai kasih sayang, diselitkan juga bab agama dan disertakan dengan potongan hadis...itu kelebihannya novel Kak MJ ni...tu yang kesemua novelnya tebal2...hihihi...tapi QH kalau beli novel memang suka pilih yang tebal2...lama sikit membacanya...lambat habisnya...



Dari tadi membebel sampai lupa pula nak bagitahu semua ape novel terbaru Kak MJ tu...hehehe...karya terbaru beliau THE UNSUNG HERO...novel melayu tapi tajuk omputih...hehehe...karya yang ditunggu2 oleh Divaz selama ni...novel ni QH baru baca sikit...sayang nak baca laju2...

Ramai pembaca novel Kak MJ akan angau dengan watak hero dan heroinnya...lebih2 lagi watak hero tu...hehehe...yang paling terkesan dengan novel ILUS...banyak kali baca tetap rasa macam baru pegang je novel tu...disebabkan novel tu...QH siap buat permintaan lagi dengan encik suami supaya beli Kawasaki Ninja lime green macam yang Firman punya...hahaha...tapi permintaan tu tak diluluskan lagi sampai setakat ni...hadoiii angau habis dengan motor tu...lama2 macam makin banyak pulak tengok motor tu dimana2...yang pasti QH akan menoleh kalau ternampak motor tu lalu...tengah drive pon sama...dapat dengar motor tu mengaum pon jadi ler...hehehe...mungkin motor yang banyak2 tu mesti kerja para isteri atau aweks yang menyuruh beli Ninja tu kot...hehehe...macam2 kan...




Bila baca ILUS ini juga...QH teringin dan teruja sangat nak menjejakkan kaki di bumi Kemboja tu...di Phnom Penh...ke Kampung Cham...untuk melihat sendiri bagaimana kehidupan orang2 di sana...usul ni akan QH utarakan pada encik suami nanti...yang pasti dia mesti baca entri ni...hehehe...

Di atas tu adalah novel2 Kak MJ...kesemuanya QH ada...bermula dari Awak Suka Saya Tak la QH terus jatuh cinta dengan penulisan Kak MJ...cuma lupa nak bawak novel yang lain2 tu masa bertemu dengan KAK MJ untuk ditandatangan...

Sejak menjadi kaki novel semula ni...kalau masuk ke mana2 ke kedai buku tetiba jadi peramah la pulak kalau tiba kat rak novel tu...siap boleh rekemankan lagi tu novel mana yang best...hehehe...pernah sekali ada seorang makcik ni nak belikan novel untuk anak dia...jadi QH bagitahu la mana novel yang best...mana yang QH tunjuk tu habis dibelinya...terkejut juga tengok...kalau la citarasanya berbeza...tak ker kerja naya aje tu...tak semua genre novel yang kita suka orang lain akan suka kan...citarasa semuakan berbeza...Kak MJ ade pesan kalau baca novel jangan skip2...kena baca sampai habis...memang kena buat macam tu sebab dah beli mahal mana boleh skip2...rugi...hihihi



#PESANAN DARI KAK MELUR JELITA UNTUK DIVAZ...

1. Jika anda pembaca HERO di P2U, anda dinasihatkan membacanya semula dari muka surat pertama.
Jangan sambung baca dari P2U. Kalau tidak, anda tak faham.

2. Jangan BELEK BELAKANG.

3. Jangan baca depan sikit, tengah sikit dan belakang sikit.

4. Bacaan secara lompat kijang sangat tidak digalakkan.

5. Jika anda seorang isteri dan ibu:

5.1- Siapkan makan minum suami dan anak

5.2 - Kemas rumah cantik2

5.3 - Tidurkan anak2 awal

5.4 - Layan suami tip top

5.5- Tidurkan suami awal2

5.6 - Ok! Anda boleh mula membaca dengan aman

5.7 - Jika suami tersedar, tepuk2 dia sehingga tertidur semula

5.8 - Jika suami tak mahu lelap, ajak suami baca bersama

5.9 - BACA DI ATAS RIBA SUAMI LEBIH AFDHAL!

JIKA ANDA BERJAYA MENGKHATAMKAN HERO, ANDA SEORANG DIVA YANG SANGAT JELITA DAN GENIUS!

TAHNIAH!!!

-copy and paste dari FB Melur Jelita-

*psttt HASIL KARYA DARI NOVELIS LAIN PON QH TETAP BELI DAN BACA JUGA TAU...cuma tak pandai nak buat review novel yang QH dah baca tu ^_*...

Ok semua setakat ini dulu entri dari QH untuk kali ini...in syaa Allah...kita bertemu lagi di lain siaran yer...salam sayang dan semanis gula buat semua...^_^

13 comments:

Nieda ramly said...

penangan MJ mmg hebat. kawan akak dah jadi minat dgn motor besar pula bila dia baca novel MJ padahal dia tu ustazah . cuba imagine ustazah bawa motor....motor besar pula tu.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betullah QH, antara 3 novel Kak Melur, ILUS paling best.. adohaiiiii!!! Angau giler sy dgn Firman.. skrg tak sabar nak cari Unsung Hero pulak, hihihihi..

kelakau baca pesanan Kak Melur tu!!

mama arif said...

first time jumpa blog ni, first time juga baca mengenai melur jelita. saya pula tak baca novel, tetapi bila baca tulisan anda , macam tetiba ada minat nak baca novel...

mykitchen said...

dah ada buku 2 yg pertama...2 lg belum...balik hujung tahun ni kat Malaysia mesti nk g cari gak... siap tanya suami agak2 antara awak dgn firman mana ensem..hehehe...

Mayang ABDUL RAZAK said...

LAMA DAH TAK BELI NOVEL QH .. SESEJAK ADA BABY BARU NI.... ISHHH RINDUNYA...

lia ummiirfan said...

wahhh... dah lama tak men'novel'kan diri ni., rindu lak rasanyaa.,, :))

Tina Othman said...

Qh haha lama tak singgah sini, tgh baca deraman ni, bila dah mula susah nak stop

Mummy Dina said...

Lama dah tinggalkan hobi baca novel ni..tp bila baca entri ni rasa teringin pula nak baca karya melur jelita ni..:)

misshh chikaa said...

suka dengan karya melur jelita. paling best novel awak suka saya tak ? masih terbayang hilman yong dan intan zulaikha. suka sangatt !!

Nor Shafinie Shahruddin said...

kak QH, boleh tak bagitahu macam mana nak jadi pembaca HERO kat P2U?

Anonymous said...

ILUS mmng best...semua novel kak melur jelita sya ad..best sngt smpai ulang bnyk kali...

Anonymous said...

Angau dengan deraman bila dia dah jd VAT, husband polis napela diatak jd VAT...

anna aisya said...

assalamualaikum... ^.^ salam hijrah dari http://annaaisyalivestory.blogspot.my/
moga terhibur :)

@qaseyhoney