KRISPIES COKLAT MARS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bertemu kembali...

Ada pon entri baru hari ni ^_^...minggu lepas tak tahu la mood memang malas tak ingat dunia...kesian pada semuakan...datang singgah ke blog ni resepi masih yang sama juga…tidak bertukar kepada resepi yang baru...mulalah tetiba rasa bersalah ni...hihihi...harap2 minggu ni dan seterusnya...akan rajin tak ingat dunia juga la nanti yer..hihihi...


Ok QH nak kongsikan pula resepi yang masih lagi tengah meletop2 femes ni...Krispies Coklat Mars...pasti ramai yang sudah mencubakan resepi ni...QH biase ler selalu lambat untuk cuba ape2 resepi pon...walaupon lambat sudah 2 kali jugak tau QH buat krispies coklat mars ni...kali pertama buat tu agak manis sikit dan dasarnya tu QH tak rata dan padat2kannya betul2...QH menggunakan loyang besar 10 x 10 tu...nak makan kena potong kecil2...nak potong pula kena tunggu coklat tu dalam suhu bilik...baru senang nak potong... 


Kali ni QH buat dalam bekas yang kecil2 pula...baru la comelkan...hihihi...nak makan pon senang...tak payah susah2 nak dipotong lagi...QH ade juga tengok krispies coklat mars ni...lapisan coklatnya dibiarkan cair begitu saja...buat dalam bekas seperti plastic transparent kecik2 tu...tapi yang ni QH buat dalam bekas aluminium bersaiz cupcake...kemudian biarkan coklat tu mengeras dalam peti sejuk seketika...pastu baru la biarkan pada suhu bilik...coklatnya tidak cair tau...kalau nak buat untuk hantaran pon boleh juga atau ape saje...


Ada kawan QH kata...kalau buat untuk kuih raya pon boleh juga ni...betul jugakan ape yang dikatakan kawan QH tu...tak terfikir langsung pulak...tapi saiznya kena kecilkan lagi la kan...baru la lagi comel bila dimasukkan ke dalam balang kuih raya tu...kalau nak order dengan QH beritahu la awal2 yer atau boleh pm QH di FB...hehehe...untuk atasnya pula...hiaslah ikut kreativiti sendiri...tak hias pon boleh...itu terpulang la pada masing2 yer...resepi di bawah yer...


KRISPIES COKLAT MARS

Bahan2
2 bar coklat Mars – standard size 53g
2 sudu besar golden syrup
65 gm mentega
2 cawan rice krispies
1 cawan cornflakes – diramas kasar
400 gm coklat masakan atau secukupnya

Caranya
Coklat mars dipotong kecil2.
Satukan coklat mars, golden syrup dan mentega di dalam pan atau periuk kecil.
Cairkan campuran tadi secara double boiler. Kacau hingga rata.
Masukkan rice krispies dan cornflakes. Gaul sehingga rata.
Sediakan bekas aluminium yang kecil secukupnya. Tidak perlu digris.
Sudukan adunan tadi ke dalam bekas dan tekan2 sehingga padat dan rata.
Buat sehingga siap. Ketepikan.
Kemudian cairkan coklat masakan secara double boiler.
Selepas itu tuangkan coklat ke atas krispies tadi.
Jika suka hiaskan atasnya mengikuti kreativiti sendiri atau boleh juga dibiarkan kosong.
Bekukan di dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.


* Jika menggunakan loyang yang besar, alaskan dengan baking paper atau boleh juga gunakan apa2 bekas yang sesuai mengikut kreativiti masing2.


Share:

16 comments