Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Kembali
lagi!!!
Baru
la ade kesempatan untuk mengupdate blog…
Apa
khabar semua??? semoga semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat yer…sekarang
ni macam dah musim demam akibat perubahan cuaca…walaupon kat luar sana panas
tetapi terasa sejuknyakan…kalau malam lagi la terasa sejuk…kadang2 malam pon QH
bersweater tak tahan sejuk…macam berada di Cameron Highland pula rasanya…mungkin
sebab rumah QH ni berada di atas bukit…tu yang lagi terasa kot…hihihi…kalau ade
yang kurang sihat waktu ni…cepat2 la pergi ke klinik atau hospital yer…sebab
sekarang ni macam2 penyakit ade…baik kita mencegahnya dari awal sebelum melarat…

Tentu ramai yang suka dengan wantan gorengkan...QH pon begitu juga…hihihi…sekali hidang cepat aje licin pinggan tu…lagi
sedap bila dimakan panas2 dan dicicah bersama sos…hmmmm lazat…hehehe…dah la
wantan ni comel2 mananya tak banyak masuk ke mulut…sambil mengoreng wantan yang
lain…sambil tu boleh la mengunyah sama wantan goreng yang dah siap tu…hihihi…cuma
versi wantan goreng QH ni…macam terlebih goreng pula…hihihi…agak2 kalau dah
kuning keemasan tu terus aje angkat…tak perlu tunggu lagi…nanti jadi macam
dalam gambar tu…hihihi…tapi bab nak buatnya tu yang membuatkan QH bercinta
sikit…orang lain QH tak tahu la macam mane…nak tunggu angin rajin tu punya la
berkasih sayang dia datang…hahaha…resepi wantan goreng ni QH ambil dari blog
Tun Telani…tapi QH ade la ubahnya sikit dari resepi asal…kalau nak tengok
resepi asal boleh la ke blog Tun yer…ape2 pon terima kasih pada Tun untuk
resepi ni…

Untuk
membuat wantan goreng ni tidak la sesusah mane pon…tapi tu la sebab perasaan
bercinta tu ade yang jadi macam susah aje…hehehe…mula2 kita kena sediakan la
intinya dulu…resepinye seperti di bawah tu yer…tapi terpulang juga pada kita
untuk meletakkan ape bahan yang sesuai…selepas tu perapkan inti tersebut di
dalam peti sejuk…selepas tu dah boleh bungkuskan inti tersebut dengan kulit
wantan…kulit wantan ni senang untuk didapati…kebiasaanya kalau di Jaya Jusco,
Giant dan Aeon Big diletakkan di bahagian sejuk…dekat2 dengan tempat tauhu…kulit
wantan ni ade 2 jenis…berbentuk bulat dan 4 segi…QH pilih yang 4 segi tu…setiap
paket ade 50 keping kulit wantan…untuk melipat kulit wantan ni pula…ikut la pada
kreativiti masing2…QH buat simple aje…punjutkan aje…senang…hihihi…pada yang
ingin mencuba dipersilakannye…selamat mencuba pula…
WANTAN GORENG
Bahan-bahan
1
paket kulit wantan
Sedikit
air untuk melekatkan kulit wantan
Minyak
untuk mengoreng
Bahan untuk inti
200
gm isi ayam (dipotong dadu)
100
gm isi udang (dipotong dadu)
1
biji bawang besar (dicincang halus)
2
sudu teh tepung jagung
1
sudu teh minyak bijan
3
sudu besar kicap cair
1/2
sudu teh serbuk lada sulah
1/4
sudu teh serbuk lada hitam
1
batang lobak merah (dipotong dadu)
1-2
tangkai daun sup
Garam
secukup rasa
Cara penyediaan inti
Satukan
kesemua bahan inti di atas dalam mangkuk dan digaul rata.
Perapkan
bahan tersebut di dalam peti sejuk selama 1 jam.
Cara penyediaan wantan
Ambil
sekeping kulit wantan dan letakkan 1 sudu kecil inti di atasnya.
Basahkan
bahagian tepi kulit wantan tadi dengan air untuk melekatkannya. Bungkuskan.
Goreng
dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan sehingga kuning keemasan.
Dihidang
panas bersama sos cili.
Post a Comment