BEBOLA MENTEGA KACANG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Salam takziah buat semua keluarga mangsa nahas kemalangan ngeri bas yang terbabas dan terjunam ke gaung di Genting Highlands baru2 ni...


Sedih dan tak sanggup rasanya nak tengok gambar2 kemalangan tersebut di akhbar dan juga FB...melihat mayat2 bergelimpangan dan saling bertindih...sekelip mata saje kemalangan tersebut telah meragut nyawa hampir 37 orang...pada mangsa yang selamat semoga cepat sembuh...


Semoga keluarga mangsa nahas tersebut sabar serta tabah dan dapat menerima kehilangan orang tersayang...Al-Fatihah buat semua mangsa yang beragama Islam...




Baikla...hari ni nak kongsi lagi kukis raya yang QH buat untuk hari raya yang lepas...resepi ni QH ambil dari belakang kotak nestle cornflakes...kebiasaannya kita agak takut sikitkan nak mencuba resepi dari belakang kotak cornflakes tu...kadang tu nasib cuba2 menjadi...ada masa tak menjadi pula kan...QH pon begitu juga...sayangkan kalau tak menjadi...dah membazir...frust pon iye juga....bile dilihat dari gambar2 belakang kotak tu ade juga kukisnya yang nampak macam sedap dan menarik untuk dicuba...kalau ade rasa2 nak mencuba juga cari resepi yang senang2 dan bahannya tak banyak...hehehe



Untuk resepi ni memang QH syorkan untuk kawan2 yang lain cuba...sedap tau kukis ni...rangup pula tu...aroma peanut butter tu pon menusuk2...hihihi...bahan2 pon tak banyak...sambil tengok tv boleh siapkan kukis ni...tak perlu dibakar2 pon...kalau dihidangkan kukis ni pasti akan habis dulu...buat untuk kudapan seisi keluarga pon sesuai..tak perlu tunggu nak raya baru buat...bile2 masa ianya sesuai dimakan...lagi satu jangan takut dengan coklat...sebab ianya tak akan cair jika di simpan di balang kuih...kadang ade yang ragu2kan...cair ke tak coklat tu...jika berminat resepinya QH sediakan seperti di bawah yer...caranya tu QH ade edit sedikit dari resepi kat kotak tu dan ikut cara sendiri...



BEBOLA MENTEGA KACANG
Resepi dari belakang kotak nestle cornflakes

Bahan A
240gm Nestle Cornflakes dikisar kasar (QH ramas2 guna tangan saje)
150gm badam cincang (QH bakar dahulu selama 10minit pada suhu 100C)

Bahan B
300gm coklat masakan – dicairkan
300gm mentega kacang (QH guna jenama lady choice’s jenis crunchy)

Cawan kertas secukupnya
Manik hiasan jika suka

Caranya
1. Campurkan bahan A dan ketepikan.
2. Cairkan coklat masakan secara double boiler.
3. Bila coklat sudah cair, masukkan mentega kacang sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata.
4. Kemudian masukkan campuran bahan B tadi ke dalam bekas campuran bahan A. Gaul rata.
5. Cedok adunan kepada bebola 3cm atau masukkan terus ke dalam cawan kertas dan bentuk seperti bebola.
6. Sejukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
7. Sebagai perhiasan, celupkan bebola dengan coklat cair (QH tak buat ni) dan taburkan dengan topping kesukaan jika suka.
8. Bila bebola mentega kacang tadi sudah keras bolehlah simpan ke dalam bekas kedap udara.


Share:

17 comments