BISKUT LOBAK



Assalamualaikum Salam Sejahtera semua...

Aduhaiii dah masuk mood raya sekarang...lagu2 raya pon dah berkumandang di sana sini...macam tak sabar rasanya dah balik ke kampung berhari raya...tapi rumah sampai sekarang tak terkemas2 lagi...projek mengukis dan membaking tak habis lagi...hihihi...QH masa2 gini kalau bershopping suka dengar lagu raya...baru la terasa meriahnya...lagipon setahun sekali aje dapat merasai suasana yang sebegini kan...tapi takde la bershopping sampai berlebih2an...sekadar cukup ikut kemampuan  dan bajet saje...tukar ape yang patut...sebab kena beringat lepas raya pon nak guna juga duit...hihihi...




Hari ni nak tayang biskut raya yang nampak comel tapi nak siapkannya mak aiii kemain lagi azabnya...hehehe...sampai 2 hari la baru dapat siapkannya...itupon sempat lagi siapkan kukis2 yang lain dulu...hehehe...kalau nak tahu kukis ni PA a.k.a hubby QH yang siapkan...hebat tak...macam tak percayakan...memula tu buat la sama2 pastu tak larat pula nak mengadap benda yang sama tu aje...alasan nak buat siapkan kukis yang lain...hehehe...tapi sepanjang nak menyiapkan kukis ni PA QH ni mulutnya pon sama naik...membebel aje...siap pesan lagi, tahun depan jangan buat kuih yang susah2...buat yang simple2 aje...hehehe...tapi takpe dalam hati cakap sabar aje la...janji kukis tu siap sudah...hahaha...



Biskut lobak merah ni QH ambil resepinya dari Majalah Rasa Ogos 2013...terima kasih pada empunya resepi...terpikat dengan kecomelan kukis ni la yang terbuat juga...bahan2 pon mudah juga...tambah menarik bile antara bahannya menggunakan lobak merah...tentu la sedap ni kan...memang betul2 pon..memang sedap...hubby siap mintak simpankan sebalang untuk dia...selain dugaan nak menyiapkan bentuk lobak ni...dugaan keduannya ade la baunya yang menyengat ketika masih panas...memang dugaan la kan buat kukis disiang hari...nak buat malam memang tak la kan...time tu la kita nak berehat...luruskan pinggang bagai depan tv...hihihi...pada yang berminat nak mencuba dipersilakan...nak buat bentuk lain pon boleh...



BISKUT LOBAK MERAH
Resepi dari Majalah Rasa Ogos 2013

Bahan2
240 gm tepung gandum + 1/2 cawan (jika perlu) (QH guna tepung Red Rose)
250 gm mentega
120 gm gula aising
120 gm kacang badam – dibakar dahulu (QH gantikan dengan kacang hazelnut)
60 gm tepung kastard
1/2 biji lobak merah – diparut (QH letak 60gm)
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna oren secukupnya
Pewarna hijau secukupnya
Coklat masakan oren secukupnya (QH tambah untuk hiasan)


Caranya
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Seterusnya masukkan kacang badam, lobak merah dan tepung kastard.
4. Masukkan pula tepung gandum dan uli sehingga doh menjadi lembut.
5. Ambil sedikit doh dan warnakan dengan pewarna hijau. Doh yang selebihnya pula diwarnakan dengan pewarna oren.
6. Bentuk doh oren seperti lobak merah. (QH timbang setiap doh tersebut 5gm).
7. Hiaskan daun yang diperbuat dari doh hijau di bahagian atas doh oren tadi.
8. Akhir sekali bakar sehingga masak (pada suhu 150C selama 15 - 20 minit) dan simpan di dalam bekas kedap udara. Boleh dihiaskan terlebih dahulu mengikut kreativiti.


Info Chef: Kacang badam/hazelnut hendaklah dibakar terlebih dahulu untuk mendapatkan aroma yang harum.


Share:

16 comments