SAYUR GORENG CAMPUR



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ni lewat sikit waktu siarannya...tapi takpe kan daripada tak langsung atau hilang begitu saje macam selalu tu...hehehe...

Pada semua umat Islam, hari ni bersamaan dengan 27 Rejab marilah kita bersama2 memperingati peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW...

Firman Allah SWT,

Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1



Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Untuk membaca entri sepenuhnya sila la ke SINI yer...sumber dari My Adha...banyak lagi entri mengenai Israk Mikraj kalau cari di Google...ni salah satu yang QH jumpa...
 


Pada yang berpuasa pada hari ni selamat berpuasa yer...QH aje yang tak jadi nak berpuasa hari ni disebabkan kesiangan...huhuhu...dah set jam pukul 430 pagi dah cuma nak biarkan lagi 5 minit yang amat berharga tu...haaa hambik pukul 530 baru terjaga...dah rugi...dah tak sempat nak bersahur...kalau tak bersahur perut pula tak tahan nanti...zaman2 muda remaja dulu boleh la...dah tua2 ni banyak pula ragamnya...hehehe...moral kalau dah terjaga tu terus bangun tak payah dah 5 minit lagi tu...hihihi...


Hari ni QH nak kongsikan resepi yang simple saje...sebenarnya sayur QH tak berapa gemar sangat nak makan...ade masa2 tertentu aje...hehehe...tapi disebabkan tengok brokoli tu dari hijau dah kekuningan kena la masak jugakan...takkan pula nak dibuang...tambah la sikit dengan sayur tambahan sebagai pelengkapnya...pastu letak udang sikit baru la sedapkan...hehehe...nak masak sayur ni takde had sukatannya...ikut suka nak letak banyak mana dan masukkan ape pon...terpulang pada selere masing2...jadi resepi kali ni main agak2 sendiri aje la yer...untuk berbuka nanti boleh la masak lauk ni...senang dan mudah saje...main campak2 saje orang kata...hehehe...



SAYUR CAMPUR GORENG
Bahan2
Udang
Brokoli 
Lobak merah
Baby Corn
Tomato
Sedikit lada hitam yang dikisar
2 batang lada merah*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih* - dihiris
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Caranya

Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Tumis hingga layu. 
Tambah lobak dan jagung. Kacau dan biar lobak dan jagung lembut tapi masih rangup. 
Masukkan brokoli dan udang dan gaul rata hingga sayur sedikit kering.
Tambah garam secukup rasa dan gaul.
Masukkan tomato, kacau dan masak sekejap. 
Rasa dan jika ok boleh matikan api.


Share:

17 comments