NASI AYAM ISTIMEWA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Semua sedia maklumkan sekarang sesetengah tempat dalam negara kita berjerebu...malahan ade beberapa tempat mengalami jerebu yang teruk...dalam keadaan cuaca yang sebegitu...harus la beringat untuk menjaga kesihatan...masa2 ni la mudah untuk dapat penyakit...kalau boleh kurangkan sedikit aktiviti di luar...duduk rumah la jawapnyakan...buat biskut raya ke ape...hehehe...lagi satu kena banyak minum air masak...sebab bile cuaca macam ni...mula la tekak ni mudah dahaga...tu yang membuatkan sekarang ni tekak QH ni rasa macam nak cari aiskrim je...huhuhu...motipnya mengada2 la tu...hihihi...baguskan kalau jual aiskrim pon ade sistem 'delivery'...telepon aje pastu sampai la aiskrim tu depan mata...berangan yang amat...hahaha





Baikla hari ni nak berkongsi resepi Nasi Ayam Istimewa pula...semuanya bermula selepas membaca entri dari Kak Azie@Azie Kitchen mengenai koleksi nasi ayam yang pernah beliau cuba...sila lihat di SINI yer...berpinar mata ni tengok...maklum la semuanya nampak sedap2 belaka...tak tahu mane satu yang harus dipilih...dalam banyak2 resepI tu...terpikat pada nasi ayam istimewa ni...bile dah istimewa ni dah tentu la mesti sedapkan...tengok ayamnya tupon cukup berselera dibuatnya...memang seperti yang dijangka...hasilnya amat memuaskan...tapi versi QH buat ni ayamnye tu kelihatan agak kering sedikit...sebab ayam tu QH dah dibuang kulitnya...jaga kesihatan la konon...hihihi...pada yang ingin mencuba dipersilakan sangat...pasti akan rasa berbaloi...terima kasih yer Kak Azie atas perkongsian resepi yang sedap ni...QH kongsikan pula resepinya di sini pula...


Nasi Ayam Istimewa
Oleh: Kak Azie@Azie Kitchen
Hidangan untuk 6-8 orang

Bahan2 untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk

Caranya
Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.


Bahan2 untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan

Caranya
Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.    


Bahan2 untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Pewarna kuning

Caranya
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan Sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 


Bahan2 untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

Caranya
Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.


Bahan2 untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Caranya
Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


Bahan2 untuk kicap 
Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam

Caranya
Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.


Tags:

Share:

16 comments