BROWNIES COKLAT ANEKA KACANG



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Membazir!!!

Entah kenapa sejak2 kebelakangan ni…seperti hilang pula sentuhan ‘menjadi’ dalam membaking…ade saje yang tidak kena…bile dah tak menjadi tu sudah tentu ke tong sampah saje la jawabnyakan…sedih tengok bahan2 yang dibuang begitu saje…rasa tidak berbaloi berlama2 di dapur tetapi hasilnya sebaliknya pula…QH tidak menyalahkan resepi yer…seperti biase resepi akan sentiasa bersama untuk dirujuk berkali2 nanti…cuma tak tahu la dimana silapnya…jadi semangat untuk mencuba lagi tu hilang bile mengenangkan akan membazir lagi…selama QH mencuba resepi bukan tiada yang tak menjadi tapi kali ni setiap kali mencuba setiap kali tu jugak la tak menjadi…aduhaiiii...mungkin perlu berehat sementara kot blog ni…hehehe…untuk mencari semangat yang baru…



Membebel, membebel juga tapi resepi tetap ade yer…kali ni resepi dari Kak Wan@Resepi Citarasawan...ternampak saje Kak Wan menayang brownies ni terus saje QH ‘bookmark’…tak sabar untuk dicuba…nampak sedap itu sudah semestinya…kebetulan QH pon dah lama tak buat brownies…bahan2 pon ade…ape lagi...buat terus la…hehehe…terima kasih yer kak Wan kerana berkongsi resepi yang sedap ni…tapi jangan marah yer sebab namanya tu QH ade ubah sikit sebab QH letak 3 jenis kekacang dalam brownies ni…brownies ni memang sangat sedap…kaya dengan rasa coklat dan kacang…tak boleh berhenti mengunyahnya…cuma brownies yang QH buat ni agak hancur sedikit bile dipotong...cara atasinya QH simpan dalam peti sejuk dulu sebelum dipotong…InsyaAllah tak hancur…brownies ni lagi sejuk lagi sedap kalau ikut selera QH...jadi kalau terliur tengok brownies ni sila la mencubanya pula yer…tak menyesal punya…


BROWNIES COKLAT GAJUS / CASHEW NUT CHOCOLATE BROWNIES

Bahan2
225gm mentega cair
130gm coklat masakan cair
280gm gula pasir
4 biji telur A
170gm tepung gandum
65gm serbuk koko
30gm susu tepung
1/4 sudu teh baking powder
150gm gajus panggang – cincang kasar
QH letak 50gm gajus, 50gm badam dan 50gm hazelnut)
80gm coklat chips

Loyang 6 x 6 x 3 atau 8 x 8 (Alas dan gris mentega kelilingnya)
Hiasan: Coklat chips dan Gajus (gajus, badam dan hazelnut)


Caranya
1.    Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan susu tepung. Ayak dan ketepikan.
2.    Pukul telur dan gula dengan whisk hingga kembang dan gula larut.
3.    Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit, selang selikan dengan mentega cair dan coklat masakan cair. Gaul perlahan-lahan hingga rata.
4.    Masukkan gajus dan coklat chip, gaul hingga rata.
5.    Tuang ke dalam loyang, ratakan dan tabor dengan gajus dan coklat chip.
6.    Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 1 jam di rak tengah. Cucuk dengan lidi jika masih melekit tambahkan sedikit masa membakarnya.




*** Jika menggunakan loyang yang lebih besar kurangkan masa membakarnya. Test dengan menusuknya dengan lidi. Jika licin bolehlah dikeluarkan dari oven.


Share:

18 comments