CHICKEN MEATBALLS ala IKEA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bebudak sekolah yang sedang bercuti sekolah sekarang ni tapi dengan blog QH pon bercuti sama yer…hehehe…beberapa hari yang lepas QH masih lagi dalam mood penat lagi…hari Wesak yang lepas orang lain sibuk dan bersuka ria bercuti sana sini tetapi QH sebaliknya…bekerja tau siap outstation lagi ke Muar…mana tak penatnya…macam episode lepas geram la pulakkan…hehehe…pada adik2 yang sedang bercuti sekolah sekarang ni manfaatkan cuti tersebut dengan sebaik2nya yer…jangan ditinggalkan terus buku2 tu…paling tidak pon siapkan dulu kerja2 sekolah yang ade baru lepas tu enjoy untuk buat ape2 pon…


Untuk resepi hari ni…QH sediakan resepi yang amat popular sekali bile kita singgah ke IKEA…tidak pon kalau ingat IKEA tu pasti akan teringat juga dengan meatballsnya tu pada yang sukakannya…tapi QH sebaliknya pula…lebih teringatkan karipap IKEA yang sedap tu…hehehe…resepi kali ni QH ambil dari Hana@hanamemories...terima kasih Hana kerana berkongsi resepi ni…ramai juga dah teman blogger yang lain mencuba meatballs ala IKEA ni…sesekali tekak ni nak bertukar selera ke barat pula…tetapi daging tu QH tukarkan kepada ayam…sebab daging lembu ni QH memang tak makan langsung…tak tahu la kenapa…hihihi…kalau daging memang confirm sedap kot…makan set hidangan ni cukup dah lunch kami hari tu…kenyang…meatballs ni sedap dimakan panas tau...pada yang ingin mencuba pula lepas ni dipersilakan yer…resepinya ade di bawah tu…


RESEPI MEATBALLS ala IKEA

Bahan Meatballs
·                     1 peket meatballs (hana guna jenama Marina) (QH guna bebola ayam jenama Azmy)
·                     2 sudu besar butter
·                     2 sudu besar air
·                     sedikit minyak masak


Bahan sampingan
kentang goreng,  kentang rebus butter & mayonis, brokoli rebus, carrot rebus.
(QH letak kentang goreng (beli di Giant), brokoli rebus dan baby carrot)


Bahan Sos
·                     1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu
·                     1/2 batang saderi - potong dadu
·                     2 cawan air
·                     2 sudu besar susu segar/susu cair
·                     2 sudu besar butter
·                     2 sudu besar tepung gandum - bancuh air sedikit
·                     1 setengah ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok ayam)
·                     1 sudu besar sos tomato
·                     1 sudu besar sos tiram
·                     1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki
·                     1 sudu besar serbuk lada hitam
·                     1 sudu kecil sos lea perrin - optional
gula secukupnya



Cara-cara
·                     Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih. Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi. 
·                     Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum. Biarkan mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau sehingga sos pekat. Perasakan dengan sedikit gula secukup rasa (garam tak perlu sbb dah masin). Matikan api.
·                     Untuk grill meatball - Panaskan dua sudu besar butter dan sedikit minyak masak (hana guna kuali non-stick). Grill meatball hingga masak. Kecilkan api, masukkan 2 sudu besar air dan tutup kuali sebentar sehingga air kering. (tips supaya meatball juicy) kemudian angkat. (lagi satu tips jangan masak terlalu lama, meatball akan keras)

·                     Cara hidangan - Sediakan meatball ke dalam pinggan bersama-sama bahan sampingan. Tuangkan sos lada hitam dan sedia dihidang.


Share:

15 comments