SOTONG GORENG BEREMPAH



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Tiada jawapankan bile mood yang ala2 rajin tu bertukar MALAS…ade ubat tak untuk menyembuhkan penyakit tersebut??? sebab dah macam terkena virus la pulak…hehehe…hari2 balik mengadap komputer di rumah tapi tu la lain pula yang dbuatnya…yang paling kacau bile dah mula melayan cerita korea di Maaduu…sedar2 dah tengah malam rupanya…tu la yang berlaku setiap malam…tapi kerja untuk mengupdate blog yang sepatutnya perlu dibuat terbengkalai begitu saje…maaf yer kawan2 sebab sekarang ni QH amat jarang sekali untuk BW…QH akan perbaiki kelemahan dan kekurangan tersebut dari masa ke semasa yer…^__^…banyak resepi yang terkumpul QH tak kongsikan lagi…gambar2 yang disnap pon QH tak sempat lagi nak transfer ke komputer…tapi rutin mingguan untuk memasak dan membaking tetap berjalan seperti biase…




Hari ni QH nak kongsikan menu yang dimasak oleh Mr. Mama QH…hihihi…macam biase sebelum mulakan tugas2 memasak ni…kami akan memilih dulu resepi tu sama2…try and error…jika sedap, menjadi atau pon tidak kami akan berpuashati…jadi takde la akan menyalahkan satu sama lain…hehehe…tapi kebiasaanya resepi yang dipilih pasti akan menepati citarasa kami…jadi pada kawan2 yang nak mencuba jangan ragu2 yer dengan resepi2 di dalam blog ni…pasti berbaloi…resepi kali ni QH ambil dari blog Kak Nor@Secubit Garam…terima kasih ye kak ke atas perkongsian resepi ni…memang sedap dan berbaloi…lauk ni QH gandingkan dengan telur dadar…dengan rempahnya yang pekat dan likat tu…perghhhh berselera sungguh waktu tu…hehehe…jadi jika kebuntuan untuk masak ape boleh la jadikan resepi ni sebagai salah satu menu untuk hujung minggu ni yer…jom tengok resepinya di bawah ni yer…



SOTONG GORENG BEREMPAH
resipi asal: 
K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500gm sotong
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 in halia ~ dihiris
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari *
1 sudu kecil serbuk ketumbar *
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih *
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis * ~ (* dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 biji tomato ~ dihiris
1 tangkai daun kari
1 biji limau kasturi
garam
gula
minyak




Cara:
Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang dihiris hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan cili mesih dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan paste rempah dan daun kari. Kacau.
Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato.
Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
Perahkan limau kasturi dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan panas2.

*Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah sebab tu tak perlu masukkan sebarang air semasa memasak.




Share:

13 comments