CREAM PUFF COKLAT



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Fuhhh minggu lepas sekitar Lembah Klang dan kawasan sekitarnya telah mengalami gangguan bekalan air…Alhamdulillah setakat ni kawasan rumah QH tak terkena dengan gangguan tersebut…dugaan betulkan…QH faham bagaimana perasaannya jika terkena masalah tersebut…terutamanya buat baker2 diluar sana tu…pasti pening kepala memikirkan untuk menyiapkan tempahan2 yang ade…kerja2 membaking ni banyak menggunakan air…sebab banyak peralatan yang nak digunakan…sedangkan untuk membuat sebiji kek pon naik penuh sinki tu dibuatnya…inikan pula jika ade tempahan…dapat QH bayangkan bagaimana banyaknya tu…tu belum bab nak mencuci pakaian bagai…kalau sehari takpe terputus bekalan air tu…masih boleh mengharapkan lagi pada tangki yang ade…tapi kalau dah berhari2 tu…faham2 sendiri la ehhh… sebab tak silap QH sekarang ni pon masih ade lagi kawasan2 yang masih lagi terjejas dengan masalah tersebut…banyak2 bersabar yer semua…


Hari ni sekali lagi QH nak kongsikan salah satu resepi yang QH sumbangkan untuk Majalah Aroma bulan Mac yang lepas…Cream Puff Coklat…resepi ni sebenarnya telah lama wujud dalam draft blog ni…menunggu masa untuk ditayangkan saje…tetapi kebetulan pada masa yang sama…pihak editor majalah tersebut ade meminta beberapa resepi dari QH…terus saje QH senaraikan resepi ni…tu yang terus tertangguh untuk menayang resepi ni di sini…nak tau bile QH buat cream puff ni…ianya telah dibuat pada bulan Disember tahun lepas lagi…lama sungguhkan…hehehe…dekat 4 bulan resepi ni terperap di situ...cream puff ni permintaan mak QH tau…setiap kali datang ke rumah QH pasti dia minta untuk buatkan cream puff ni…cuma kali ni QH cuba perasa coklat pula…



Resepi ni QH jumpa di MyResepi semasa mencarinya di Google…ianya adalah milik Kak Along@HomeKreation-KitchenCorner…terima kasih yer kak atas perkongsian resepi tersebut…QH panjangkan pula resepi tu di sini pula ye…jika nak tengok resepi asal boleh klik di link atas tu ye… sebab resepi dibawah ni QH telah mengubah sedikit daripada resepi asal…semasa untuk dimuatkan dalam majalah Aroma tersebut…cream puff ni pula QH menggunakan coklat ganache filingnya…jika suka boleh tambah badam nib yer…tapi badam tu perlu dibakar terlebih dahulu sekejap sebelum ditaburkan pada coklat ganache tersebut...lagi wallaaa kedebabommm rasanya tu…tak percaya boleh cuba…hihihi…



Cream Puff Coklat


Bahan2
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
4 biji Telur

Caranya
1. Ayak tepung dan serbuk koko.
2. Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair. Tutup api.
3. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati.
4. Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.  
5. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment / kertas minyak yang di gris.
6. Bakar 25 minit suhu 210C. Sejukkan.
7.  Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan coklat ganache atau nutella. Boleh taburkan badam nib jika suka. Badam tersebut perlu dibakarkan terlebih dahulu sebelum tabur pada coklat ganache tersebut.


Coklat Ganache


Bahan2
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila

Caranya
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan.


Share:

24 comments