TEMPAHAN : RAINBOW CAKE


maaf gambar agak kurang memuaskan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Bertemu kembali…semalam sepatutnya QH nak bersiaran tapi sampai opis baru perasan yang lappy tertinggal kat rumah…nak berpatah balik itu memang tidak mungkin akan terjadi la kan…walaupon sekarang ni musim cuti sekolah tapi keadaan jalan di KL ni sama saje…hari2 jem jugak…sebab orang yang bekerja tetap keluar bekerja seperti biase…hehehe…lagipon orang dulu2 cakap tak elok jika berbuat begitu…patah balik ke rumah jika ade barang yang tertinggal...


Hari ni QH nak tayang kek yang dibuat a.k.a ditempah bersempena perhimpunan bulanan di opis QH…bukan semalam tau tapi dah dekat 2minggu lepas…biase la…muncul diblog ni memang lambat sikit…hehehe…kebetulan masa tu bahagian QH yang menjadi hos merangkap urusetia…jadi QH nak buat rainbow cake…dah lama tak bermain dengan kaler rainbow ni tu yang jadi gian…hehehe…sebab utamanya juga bila setiap kali perhimpunan asyik kek coklat la, vanilla la macam dah biasa sangat…masa ni la nak tunjuk kepandaian yang memandai la kononnya dalam membuat kek…hehehe…lagi pon kat opis QH ni ramai yang tak tahu QH ade blog masakan…cuma orang tertentu sahaja…

sesekali nak interprem...hehe..

Nampaknya ramai juga yang berpuashati dengan kek yang QH hasilkan tu…tak tahu la mungkin depan cakap sedap kot…belakang sebaliknya mungkin…tapi kita harus berfikiran positif…kalau nak tegur pon ape salahnya…QH akan terima dengan hati yang terbuka + sentap sikit kot…hehehe…jika takde teguran mane tahu kesilapan yang ade tu kan…jadi boleh la diperbaiki di masa akan datang…macam biase deco kek QH takde la kedebabommm meletop…deco yang simple sangat…tapi menarik sangat pada pandangan mata ni…hahaha…siap2 masuk bakul angkat sendiri okehhh ^__^


Resepi rainbow cake ni QH ambil dari blog Rahel@I Love Cake…terima kasih Rahel…dah 2 kali QH menggunakan resepi yang sama…boleh tengok di SINI yer…mudah dan sedap resepi ni…2 biji kek yang bersaiz 8” ni QH gandakan resepi di bawah ni 4 kali ganda…pastu baru la bahagikan mengikut berapa warna yang nak dibuat…cara yang QH gunakan senang saje…QH adunkan sekali 4 adunan ni dalam mangkuk yang besar…malas nak banyak kali…memudahkan kerja…tapi jika was2 jangan buat yer…buat satu persatu…bile dah siap diadun tu…QH bahagikan kepada 6 kaler pula dan bakar satu persatu kaler tersebut…lepas tu bile kek dah sejuk baru la QH bahagikan kek tersebut kepada 2 bahagian…jadi dapat la 2 buku kek…siap dan deco la ikut citarasa…mudahkan…  


RAINBOW CAKE/KEK PELANGI
By: Rahel@I Love Cake
Sumber: Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik}, diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:

1. Griskan acuan bulat 6". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2. Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4. Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.
5. Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan.
6. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7. Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.


Untuk creamnya pula seperti biasa QH akan menggunakan Non Dairy Whipping Cream. Tapi kali ni QH mencuba dari jenama Vivo pula. Untuk 2 biji kek ni memang cukup 1 kotak FC tu digunakan sepenuhnya. Fresh cream ni pon sedap dan tak muak. QH tambahkan 2 sudu kecil perisa oren untuk menyedapkannya lagi.

Pukul adunan Non Dairy Whipping Cream dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan sampai terlebih pukul. Janji ia nampak lembut. Kalau diterbalikkan bekas tu ianya tak jatuh.

Lepas tu boleh la melepa kek keseluruhannya sehingga rata. Untuk deco kek seperti dalam gambar, gunakan spatula atau belakang sudu dan tarik2kan fc tersebut sehingga siap. Simpan kek ke dalam peti sejuk selama 2 jam atau semalaman.

Share:

25 comments