SAMBAL TELUR PUYUH



Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua…

Hari Jumaat sudah yer hari ni…maka bermula la bulan baru pada hari ni…sedar tak sedar kita dah meninggalkan bulan Februari semalam…dah ade ker sebahagian impian kita yang tercapai untuk tahun ni??? Pada yang lahir pada 29 Feb sila jangan bersedih yer…walaupon tarikh tersebut tidak ade dalam kalendar pada tahun ni mahupon tahun depan…usia anda tetap juga meningkat yer (hehehe) dan dapat disambut dengan meriah jugak…Selamat Hari Lahir diucapkan pada yang menyambutnya pada tarikh tersebut…mereka2 ni antara orang yang teristimewa tau ^__^


Buat pengetahuan umum…di SOGO KL  sekarang ni ade ‘SALE’ tau…Warehouse Clearance katanya…semalam lagi dah bermula…memang ramai QH tengok masing2 mengusung plastik sogo tu ke sana ke mari…haii jelesnya bile nampak orang yang sesenang hati ni bershopping…tak perlu buat kira2 bagai…lain macam QH ni…kena buat bajet belanjawan dulu…huhuhu…kalau menteri kata ok…baru lapang dada ni…walaupon kadang2 QH yang menjadi menterinya…hehehe…tapi jika QH berada di sana tengah hari nanti…boleh la kita berlaga2 bahu dan sama2 berebut barang2 yang berkenan tu nanti ehhh…hahaha…suka tengok suasana yang begitu walaupon kadang2 agak rimas jugak kalau terlalu ramai sangat orang pada satu2 masa…


Baik la…QH tak boleh nak berlama2 berada di depan komputer ni sekarang…banyak benda yang menunggu di sebalik tabir meja kerja QH tu…hehehe…resepi kali ni QH ambil dari blog Mas@MrsSunnies Home…walaupon ianya hanya la Sambal Telur Puyuh…hihihi…macam nampak sangat la QH ni tak pandai masakkan…hehehe…tapi apa salahnya jika ingin merasa resepi dari kawan2kan...resepi ni simple dan sedap…cukup rasa la orang kata…makan dengan nasi panas atau nasi lemak memang la mantoppp…jadi ape lagi pada yang ingin mencuba resepinya ade dibawah ni yer…terima kasih buat Mas dan Kak Shahriah ke atas resepi yang sedap ni…


SAMBAL TELUR PUYUH
Resepi : Buku sajian istimewa Shahriah Abdullah

Bahan2 :
30 biji telur puyuh - rebus
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 sudu besar air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15gm cili kering
1cm belacan - mas tak letak
1sm halia  

Cara2 :
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. masukkan air asam jawa, biarkan sebentar, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu.
4. Masukkan bawang besar dan sedia dihidangkan.



Tags:

Share:

18 comments